Khamis, Mac 31, 2011

Sivarasa Rasiah Beri Amaran Kepada Dato "T"...!!!


SHAH ALAM 31 MAC: Penasihat undang-undang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah memberi amaran kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya berhenti daripada terus mempertikaikan perjalanan Anwar di Thailand atau ke mana sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berhubung artikel dalam Insider Malaysia yang bertajuk “Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand trips”.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menasihatkan anak guamnya supaya tidak menjawab sebarang kenyataan yang tidak berasas dan sekiranya Eskay mempunyai bukti dan asas yang kukuh maka beliau perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“ Jika Eskay mempunyai membuat sebarang tuduhan, beliau perlu melakukannya mengikut lunas perundangan yang betul,” katanya.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah salah seorang daripada trio ‘Datuk T’ berhubung klip video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Dua lagi individu dalam trio ‘Datuk T’ adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Beliau menambah, Eskay cuba untuk menjadi ‘hero’ melalui pendedahan yang dilakukannya dan memanfaatkan sepenuhnya kekebalan daripada sebarang pendakwaan yang diberikan oleh kerajaan walaupun secara nyata melakukan jenayah dengan menganjurkan tayangan video lucah kepada awam.

“ Sebarang tuduhan tidak berasas yang dibuat akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sesuai dan tegas,” ujar beliau lagi.
Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu dalam klip sepanjang 21 minit tersebut dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.TVSNEWS

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng