PR beri amaran!! boikot Sidang DUN
KUALA LUMPUR – Setiap kali Dewan Undangan Negeri (DUN) :Perak bersidang, pasti mencetuskan kontroversi.
Semalam, Pakatan Rakyat (PR) awal-awal lagi sudah memberi amaran memboikot Sidang DUN Perak 5 April ini sekiranya polis campur tangan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, setiap kali Sidang DUN, anggota polis bukan sahaja dikerahkan mengawal bangunan SUK, tetapi berkawal sehingga di dalam dewan.
“Mereka menutup laluan dan mengunci semua pintu kecuali pintu utama, menghalang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) masuk ke dewan. Tindakan itu jelas menunjukkan mereka tidak memahami sistem demokrasi dalam sidang DUN.
“Saya meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengarahkan anggota polis supaya menjaga keamanan negeri bukan menjaga Sidang DUN Perak sahaja,” katanya.
Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang berkata, kawalan ketat diberikan terhadap Sidang DUN Perak mengatasi kawasalan keselamatan di Dewan Rakyat sendiri.SinarHarian
Komen : Boikot saja kerajaan haram tu....PR perlu bersiap sedia untuk PRU13 ni....turun jumpa rakyat... tak ada masa nak goyang kaki....
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...