Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 25, 2011

DSAI : Jangan terpesong dari Selamatkan Rakyat..!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat dan masyarakat supaya tidak terpesong dari perjuangan dan jatuh dalam perangkap keji Umno menggunakan fitnah video lucah untuk memecah-belahkan gagasan itu, lapor TV Selangor.
anwar ibrahim in launch of buku jingga"Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.

"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya," kata Anwar selepas majlis solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

Buku Jingga adalah program yang merangkumi pembaharuan ekonomi, politik dan sosial yang bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.
Sejak dua hari lalu, serangan peribadi dilancarkan terhadap Anwar dengan kali ini bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik digunakan bagi mendalangi penerbitan sebuah video seks lucah.
rahim thamby chik at bukit aman 240311 01Rahim dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mendakwa video itu kononnya merakamkan ketua pembangkang itu mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu.
"Mereka (BN) sangat terdesak. Orang macam ini (Rahim Thamby Chik) kalau kategori saksi pun tidak lulus. Ternyata ini cukup jijik dan jahat. Kali ini kepimpinan Umno habis kerana Tamby Chik.
"Penayangan video lucah adalah jenayah selain mengugut saya dan Azizah untuk letak jawatan," kata Anwar.
Dalam usaha mempengaruhi pemimpin PKR, Rahim dan Eskay menunjukkan video itu kepada sekurang-kurangnya dua pemimpin parti – Datuk Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin secara berasingan Isnin lalu.
Kedua-dua mereka menolak bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar dan mengutarakan hujah-hujah sama bagi menyokong rumusan mereka.
NONEAnwar berkata fitnah terbaru yang dilontarkan menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak harus mengalihkan tumpuan Pakatan Rakyat daripada perjuangan membebaskan rakyat di negeri itu daripada pemerintahan zalim BN.
Katanya, satu cara berkesan untuk menangkis dakyah dan fitnah Umno ialah menerusi penggunaan Twitter, Facebook dan Blog secara meluas di kalangan generasi muda.
Penggunaan media alternatif itu akan membolehkan rakyat mendapatkan lebih banyak maklumat dan penerangan secara langsung dari kepimpinan Pakatan Rakyat memandangkan media arus perdana dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.
NONESebelum itu, Johari dan Badrul (berbaju hijau gelap) memberi ucapan ringkas menceritakan pengalaman menonton video lucah fitnah itu.
Badrul berkata, dalang video berkenaan adalah kroni kuat Umno-BN dan menggesa rakyat untuk memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal kerana Umno dijangka memperhebatkan penyebaran fitnah dan dakyah mereka.

"Mereka rasa mereka boleh kawal keadaan. Ini adalah cabaran penting dan besar. Ini bukan perjuangan Anwar seorang tetapi adalah perjuangan rakyat. Saya minta kita bersedia mental dan fizikal untuk dicabar lebih teruk. Prinsip kita harus jelas," katanya.MalaysiaKini

Komen Seorang hamba Allah :
Marilah kita merakyatkan isu UMNO adalah parti fitnah, lucah dan khianat. Jadikan isu ini untuk menyedarkan rakyat sampai ke desa. Anak2 muda di U mesti jelaskan kepada ibu bapa bila pulang ke kampung nanti. 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...