Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 04, 2011

Akhlak Baik Lawan Akhlak Jahat

Akhlak Baik Perisai PR Lawan Politik Kotor Umno-BN


KUALA KRAU 4 MAC : Pakatan Rakyat tidak pernah terjejas dengan permainan politik murahan dan kotor yang digunakan Umno untuk berkempen pada mana-mana pilihan raya kecil.

Malah politik caci maki yang dibawa oleh Umno-BN bertentangan dengan perjuangan konsisten kempen Pakatan Rakyat yang membela keadilan untuk rakyat dengan menampilkan dasar perjuangan yang jelas kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut  Anwar, persoalan akhlak yang dibawa oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan negara bersih merupakan teras perjuangan Pakatan Rakyat sesuai dengan tema perjuangan Islam yang kononnya dibela Umno.

"Soal kita dalam politik ini, soal akhlak. Bila kita sambut maulidur rasul, kita cakap pasal akhlak. Akhlak yang baik. Bukan perempuan upahan atau murahan, kita kena jaga akhlak. Itu sebabnya tumpu dengan penjelasan ini. Itu sebabnya kita bersama dalam pimpinan PAS, dan DAP bawa soal akhlak,"ujar beliau.

Anwar berkata demikian di hadapan kira-kira 700 hadirin di Felcra Rumpun Makmur, Kuala Krau malam tadi sewaktu ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali - yang juga  merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali- sedang rancak mengutuk beliau dalam ceramah UMNO yang diadakan tidak sampai 40 meter dari tempat
beliau berceramah.

Ummi yang juga merupakan selebriti kes liwat beliau pada 1998 terus menggunakan skrip mengutuk Anwar dan abangnya, Azmin memujuk rakyat di sini mengundi calon Umno pada PRK Kerdau Ahad ini walaupun menyatakan bukan ahli parti itu.

Anwar bagaimanapun hanya mengambil pendekatan tidak kisah dan menyindir Ummi sebagai pencaci upahan dan tidak harus dilayan penduduk setempat.

Malah lebih ramai penduduk dilihat mendengar ceramah Anwar daripada ceramah Umno di seberang jalan walaupun dijanjikan pendedahan 'eksklusif' oleh Ummi dan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar turut terharu dan memuji sambutan dan keberanian penduduk Felcra Rumpun Makmur yang sanggup hadir ke ceramah Pakatan Rakyat walaupun mereka tidak menyediakan gula-gula kepada rakyat seperti Umno.

"Kerana kita tahu akhirnya rakyat tidak bodoh di sana ada makanan, ada semua tapi tuan-tuan pilih untuk hadir di sini. Saya ucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana rakyat merdeka. Nak pangkat dan kedudukan bukan di sini. Tapi tuan-tuan pilih untuk guna kebijaksanaan,"kata Anwar.

Anwar hadir ke Kerdau semalam sejurus tiba selepas perbicaraan kes beliau di Kuala Lumpur dan memberikan ceramah di lima lokasi lain sebelum bergegas semula ke Kuala Lumpur bagi meneruskan prosiding Kes Fitnah 2 ini pagi tadi.

Menurut Anwar, beliau bersedia dikeji dan difitnah oleh puak Umno kerana memilih jalan untuk memperjuangkan hak rakyat yang bertentangan dengan Umno dan BN.
"Saya nak beritahu saudara saudari buatlah keputusan yang baik. Yang saya kena macam ini, sebab saya bersama kawan-kawan saya PAS, DAP Keadilan nak bawa perubahan. Saya tak mahu rakyat terutamanya golongan muda tak dapat kerja dan sebagainya.
"Sebab itu saya nak bawa perubahan. Saya tahu bukan mudah. Saudara boleh baca surat khabar, tengok berita dengar suara-suara macam itu. Saya tiada jalan lain saya dah pilih jalan untuk berjuang dan saya tetap kekal dalam perjuangan ini Insya Allah,"kata Anwar lagi.

Justeru beliau mahu pengundi Kerdau mengambil langkah bijak mengundi calon PAS di PRK Kerdau, Hassanudin Ismail yang pastinya membawa perjuangan Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Pahang dan bukannya bertindak sebagai Pak Turut seperti ADUN Umno dan BN yang lain.

"Hassanudin calon PAS. Dengan cara dan rekod PAS 50 tahun memperjuangkan Islam dan Melayu saya yakin rakyat akan terbuka mindanya. Kita bawa perkara ini
kerana kita tahu Hasanuddin in bawa pandangan PAS dan PR. Dia tidak akan dibenarkan untuk khianat perjuangan ini. Dia bukan datang dewan untuk setuju," kata Anwar lagi.TVSNEWS 
    

1 ulasan:

  1. kita nak cari pasal akhlak2 yang baik kat google. tba2 pasal politik pula dah blog ni..huhu

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...