Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mac 06, 2011

N.Surendran : Anwar Berjuang Demi Perubahan Negara, Pemimpin BN Kalut


PETALING JAYA 6 MAC : Perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara dan politik yang diperjuangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kerajaan Umno-BN terus mengaibkan dan menekan beliau dengan tuduhan yang tidak berasas, kata Naib Presiden PKR N.Surendran.

"Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan," katanya.

Tambah N. Surendran lagi dalam kenyataan medianya berkata pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat.

Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara.

"Reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun," katanya.

N. Surendran berkata lagi struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka.

Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

"Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali.
Adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka." Ujarnya.

N. Surendran menyatakan lagi bahawa sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji.
Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.TVSNEWS

Komen : Terima kasih!! N.Surendran.... Kami (anak muda) pasti bersama Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan kepada yang lebih baik kepada negara...Kami di belakang DSAI!!!! Lawan Tetap Lawan!!!! Lawan Sampai Menag!!!!!.
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...