Selasa, Mac 29, 2011

BN boleh tumbang di Sarawak..!!



BN boleh tumbang di Sarawak

SHAH ALAM – Seorang penganalisa politik tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) boleh tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 16 April ini jika pengundi bukan Melayu meneruskan kecenderungan menyokong pembangkang sebagaimana ditunjukkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu 16 Mei tahun lalu.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN perlu bersungguh-sungguh menarik sokongan pengundi bukan Melayu kembali ke pangkuan mereka jika tidak mahu kalah.

“Jika tidak, saya sifatkan mereka akan sukar untuk menang pada PRN kali ini,” katanya.

Katanya, ini kerana senario kemerosotan undi bukan Melayu kepada BN di negeri ini amat jelas selain isu kepimpinan, pengurusan masyarakat luar bandar, penyalahgunaan kuasa dan tekanan hidup rakyat.

“Saya lihat pembangkang mampu buka jalan baru bagi perjalanan politik Sarawak,” kata Mohammad Agus.

Senada dengan beliau, pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Aziz Bari yakin pembangkang mampu mengurangkan majoriti BN pada PRN ini.

Katanya, meskipun agak sukar untuk menang, pembangkang berpeluang cerah untuk merampas banyak kerusi pada pilihan raya ini.

“Ini kerana, sekarang ada banyak isu yang boleh dimainkan oleh pembangkang untuk menggugat Kerajaan Negeri. Ini termasuk isu tanah, pampasan, Injil dan pembolotan kuasa,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 62 dikuasai BN.

DAP diwakili lapan ADUN manakala Bebas, satu.

“Jika pembangkang mampu dapat tiga kali ganda daripada kedudukan sekarang, itu sudah cukup baik. Inilah masanya untuk mereka menguatkan kedudukan dalam DUN,” katanya.

Aziz mengakui, untuk menang, pembangkang memerlukan belanja yang banyak kerana sebahagian besar kawasan di Sarawak masih pedalaman.

“Itupun bukan bermakna rakyat Sarawak tidak bermaklumat,” katanya.

Aziz berkata, kejayaan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu dari tangan BN PRK 16 Mei 2010 membuktikan sokongan pengundi Sarawak kepada pembangkang semakin meningkat.       

“Apa yang berlaku di Semenanjung tak boleh dijadikan ukuran kerana di Sarawak, isunya berbeza,” katanya.SinarHarian

Komen : BN umno pasti!!!!! akan tumbang... kerana rakyat sarawak akan tidak mahu lagi kepada KM BN yang banyak menyusahkan rakyat..... 50 Tahun dah.......Sudah sampai masa untuk berubah....

1 ulasan:

  1. TP soalan cepu emas ialah ke arah mana condongnya sokongan SNAP ? kalu bebas itu maknanya kemungkinan 'MELOMPAT ' adalah pasti!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng