Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mac 13, 2011

100,000 video ‘Selamatkan Sarawak, Bina Sarawak Baru’ diedar



KUCHING: KEADILAN Sarawak mengedar 100,000 video bertajuk ‘Selamatkan Sarawak, Bina Sarawak Baru’ kepada semua rakyat di seluruh pelusuk negeri, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian.

“Sebanyak 30,000 video  sudah cetak dan diagih-agih ke setiap pimpinan cabang yang akan disebar  ke setiap kawasan di negeri ini manakala 70,000 lagi bakal dicetak,” katanya pada pelancaran video itu dalam konvensyen KEADILAN Sarawak di Batu Kawah, Kuching, semalam.

Baru Bian percaya kandungan video itu antara kaedah terbaik untuk memberi penjelasan kepada rakyat Sarawak mengenai isu semasa dengan baik dan berkesan.

Katanya, anggota parti diseru menerangkan isi kandungan video itu dalam bahasa yang mudah difahami rakyat, khususnya mengenai rasional menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan negeri akan datang.

“Isu utama dalam video berkaitan isu rampasan tanah dan peranan pemimpin BN Sarawak dalam hal itu,” katanya.
Beliau berkata, video itu turut mendedahkan kenyataan beberapa penduduk yang tanah mereka dirampas tetapi memperolehnya semula selepas kes itu dibawa ke mahkamah.
“Turut dijelaskan, bagaimana keprihatinan Kerajaan Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang dalam menjaga kebajikan rakyat, khasnya berkaitan pentadbiran tanah.

“Di Selangor, misalnya, pemilik tanah yang dinafikan hak sejak zaman BN, akhirnya menerima geran apabila Pakatan Rakyat memerintah, selain turut menurunkan bayaran premium tanah,” katanya.
Mana-mana cabang yang mahu memperoleh video itu diminta menghubungi Setiausaha Kerja KEADILAN Sarawak, Roslin Lambet 016-859 9027.KeadilanDaily

Komen : Syabas!!!! ketua pkr sarawak berusaha dengan bersungguh...semoga kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat...
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...