PANAS!! : IDEA TERBAIK YB RAFIZI RAMLI UNTUK KAUM MELAYU..WAJIB BACA


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata sudah tiba masanya untuk Pakatan Harapan memberi fokus yang menyeluruh dalam isu yang melibatkan kebimbangan kaum Melayu dalam soal kedudukan dan kebajikan mereka.

Bercakap dalam forum ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14’ di Petaling Jaya malam tadi, setiausaha agung PKR itu berkata Pakatan Harapan kini tidak lagi boleh bersikap defensif.

“Sekarang kita perlu berhadapan dengan isu realiti iaitu kita perlu menyuarakan kebimbangan Melayu. Sama ada itu propaganda mainan dalam kepala, kita kena yakinkan bahawa kalau Pakatan Harapan menang, kedudukan dan kebajikan Melayu yang majoriti secara keseluruhannya itu lebih baik.

“Sebelum ini kita tidak begitu terbuka bila kita ketengahkan isu-isu Melayu. Kita begitu berhati-hati bercakap soal pentadbiran ekonomi dan kita tak sentuh keseluruhan isu Melayu. Kita tak boleh begitu lagi. Mereka mahu jawapan terang dan kita perlu bagi jawapan terang pun,” kata Rafizi.

Bagaimanapun, Rafizi (foto) yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, mungkin ia agak sukar namun adalah penting untuk Pakatan Harapan meyakinkan pengundi hari ini.

“Cuma mungkin sebelum ini kita terasa sukar dan berhati-hati, sebab itu kita perlu dalam tempoh satu tahun enam bulan ini memberikan jawapan, penyelesaian, kaedah yang lengkap untuk menenangkan dan memberi jaminan kepada pengundi atas pagar tadi bahawa menangnya Pakatan Harapan tidak akan menjejaskan kedudukan Melayu, kedudukan Islam dan akan menaikkan balik maruah serta martabat dan kebajikan orang Melayu,” katanya.

Justeru, Rafizi berkata adalah penting untuk Pakatan Harapan mengenengahkan isu dan tawaran yang melibatkan orang Melayu secara bersatu dan bersama.

“Kita tak boleh serahkan Melayu-Islam kepada AMANAH, Cina kepada DAP, PKR, kamu carilah bandar-bandar, dia tak boleh begitu. Untuk kita menangani soal Melayu, soal ketakutan mereka itu, ketiga-tiga parti mesti bercakap sebagai satu suara,” tegas Rafizi.

Contohnya, ujar Rafizi, Pakatan Harapan perlu seiring dalam menentukan apakah agenda mereka untuk golongan tersebut.

“Maknanya kalau kita percaya perlu ada satu agenda pengupayaan ekonomi Melayu yang baru, atau yang khusus, itu tak boleh datang dari AMANAH atau Keadilan (PKR). Ia mesti datang dari Pakatan Harapan (secara langsung ia kurangkan stigma kepada DAP),” kata Rafizi.


Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya DAP Pusat, Ong Kian Ming (foto) mendakwa parti dominasi Cina itu kini berdepan dengan dilema.

“Kita ada dua dilema. Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambah keahlian daripada Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya rasa ini satu niat dan strategi yang baik untuk mengurangkan imej cauvinis DAP

“Tetapi pada masa sama apabila niat sebegini dibentangkan dalam lingkungan parti, bukan sahaja pemimpin tetapi ada juga ahli DAP yang tidak senang dengan cadangan DAP nak mencapai 50 peratus daripada ahlinya Melayu dan bumiputera,” katanya Ong.

Menurut Ong, contohnya seperti yang berlaku baru-baru ini di mana seorang perwakilann parti AMANAH Johor membuat cadangan agar DAP tidak meletakkan calon Melayu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

“Ini satu dilema luaran dan ia satu cabaran yang mesti ditangani jika DAP dan Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya Ong.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah (foto) menggesa gabungan itu menggesa membentuk naratif Melayu yang tidak bergantung kepada kerajaan.

Malah, bekas timbalan menteri pendidikan itu berkata Pakatan Harapan perlu mencari pendekatan yang berbeza daripada Umno-BN dalam memenangi kpengundi Melayu hari ini.

Ini kerana, menurut Saifuddin, politik Melayu hari ini lebih memerlukan urus tadbir yang lebih baik.

Katanya, dengan Pakatan Harapan memperbaiki naratif Melayu, menjadi Melayu yang tidak bergantung kepada orang lain, Melayu yang terhak upaya, Melayu yang tidak begitu memerlukan penjaga.

“Ini pendekatan yang pada saya membezakan pendekatan Umno-BN dan PH,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas anggota Parlimen Temerloh itu berkata Umno-BN menggunakan pendekatan konfigurasi kaum maka Pakatan Harapan akan mengamalkan konfigurasi politik majmuk.

“Pendekatan Umno-BN adalah dalam konfigurasi berasaskan kaum. MCA dan Gerakan jaga kaum Cina, MIC jaga kaum India dan Umno jaga Melayu.

“Konfigurasi politik atau melihat naratif Melayu, Pakatan Harapan berada dalam konfigurasi politik yang berbeza yakni konfigurasi politik majmuk, pelbagai kaum.

"Bukan serah kepada DAP untuk jaga bukan Melayu, PKR jaga Melayu dan India. Tidak. Pada kita, kita akan menggunakan konfigurasi politik yang di mana kita bersama menguruskan Malaysia yang pelbagai kaum ini,” kata Saifuddin.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad (foto) berkata orang Melayu hari ini masih dibelenggu rasa ketakutan di mana mereka akan hilang kuasa sekiranya Pakatan Harapan mentadbir negara.

“Orang Melayu masih layan perasaan ketakutan di mana Melayu akan hilang kuasa politik. Kita ada demokrasi, kita ada 70 peratus, kenapa nak layan?

“Melayu hilang kuasa, pengemis atas tanah air sendiri, adalah mitos yang menakutkan. Adalah lebih baik kita ketepikan mitos ini dan ganti kuasa politik. Lebih cepat kita boleh bergerak ke hadapan,” kata anggota Parlimen Shah Alam itu.

mk

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?
Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :
Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan
Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan
Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army 

 
http://iklanviral.blogspot.my/
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes