ANALISIS : CADANGAN BAIK UNTUK GABUNGAN PAKATAN HARAPAN.

PKR

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpendapat, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah adalah calon paling sesuai mewakili PKR sebagai ahli Badan Pengantara Pakatan Harapan.

Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor (Unisel), Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, cadangan menamakan Saifuddin dilihat kerana berani mempertahankan sesuatu keputusan berdasarkan justifikasi tertentu.

“Saifuddin adalah seorang yang berhaluan kiri semasa dalam Umno.

"Orang macam beliau diperlukan kerana berani mempertahan sesuatu keputusan berdasarkan penilaian tertentu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Saifuddin yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno meninggalkan parti tersebut dan menyertai PKR pada Oktober lalu.

Badan Pengantara Pakatan Harapan adalah sebuah badan yang berfungsi untuk mendamaikan pihak yang mempunyai pertikaian dalam pakatan tersebut.

Badan itu bertindak mencari penyelesaian yang paling adil sekiranya berlaku krisis atau perbezaan pendapat dalam Pakatan Harapan.

Manakala menurut Muhammad Shamshinor, calon wakil Badan Pengantara yang paling sesuai bagi Amanah pula adalah Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Abdul Samad.

Tambah Muhammad Shamshinor  lagi, Khalid merupakan individu yang paling banyak menjadi orang tengah antara DAP dan Pas semasa beliau berada dalam Pas.

“Dia lebih liberal dalam soal pemahaman antara parti, dia juga menghargai kepelbagaian berbanding yang lain,” katanya lagi.

Manakala bagi DAP pula, calon yang paling sesuai adalah Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Ini kerana Muhammad Shamshinor , Kian Ming adalah seorang pemimpin dan ahli akademik yang bijak mencari jalan tengah dalam menyelesaikan sesuatu isu.

“Kian Ming banyak menulis buku dan lebih berpengetahuan, wataknya dapat membentuk jalan tengah dalam sesuatu isu,” katanya lagi.

sh

Soalan : Saya pengguna simkad Maxxx tapi saya tertarik untuk menggunakan sistem teautonetwork.Ape yang saya dapat dan apa kelebihannya ?

Jawapan : TERLALU BANYAK !! .Anda pernah tak terfikir tentang INCOME AKTIF?. Bila anda mendaftar dan telah membuat pembayaran RM20 untuk UPGRADE VIP sebagai ahli TeAutoNetwork secara tak langsung anda sedang MENJANA PENDAPATAN INCOME AKTIF.

DAFTAR LAJU-LAJU KLIK [ SINI ]

 
http://iklanviral.blogspot.my/
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes