ALHAMDULILLAH!! : PARTI ISLAM (AMANAH) SEMAKIN KUAT DAN DITERIMA RAKYAT.

Salahuddin Ayub

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin perjuangan mereka tidak akan terkubur seperti yang berlaku keatas Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) sebaik sahaja keluar dari Pas.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan hebat yang diberikan oleh rakyat walaupun parti berkenaan baharu sahaja berusia empat bulan.

"Alhamdulillah, sekarang kita sedang memproses 100,000 borang keahlian Amanah di seluruh negara dan ini merupakan sesuatu yang positif buat kami semua.

"Setiap hari kita telah menjelajah ke seluruh negara dan boleh lihat sambutan yang diberikan rakyat peringkat akar umbi cukup kuat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu, Salahuddin menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di rumah Ir Ali Omar, Kampung Bendang Pauh, Chetok.

Cermah itu turut dihadiri beberapa pimpinan parti seperti Penasihat Umum, Ahmad Awang dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Menurutnya, sokongan kuat itu membuktikan Amanah tidak ketandusan ahli diperingkat akar umbi.

Salahuddin berkata, sambutan luar biasa diberikan oleh rakyat menangkis dakwaan Amanah akan terkubur seperti Hamim dan Berjasa satu ketika dahulu.

"Saya risau pada hari pertama Amanah ditubuhkan adakah orang akan sokong parti baharu ini.
"Alhamdulillah selepas empat bulan kita lihat ia semakin positif dan cukup membanggakan para pendokong Amanah," katanya.

Salahuddin berkata, keahlian Amanah kini sudah menjangkau sehingga ke Sabah dan Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata, pihaknya akan mendaftarkan 148 kawasan parlimen di seluruh negara dalam usaha memperkasakan lagi Amanah.

sh

 IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?
Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :
Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan
Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan
Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my/
Previous
Next Post »

5 ulasan

Write ulasan
yen uchop
AUTHOR
19 Januari 2016 9:24 PG delete

Aku dah tua dah tak larat nak pi ceramah naqmun aku ikut melalui intinet. Ingat! org macam kami ni tunggu masa saja, bila hari mengundi kami terjun mai. La ni kami nampak seumpama tak bagi sambutan pada ceramah amanah danpakatan harapan. Ini kerana kami nak bagi hangpa pas, umno dan be end rasa syok sendiri dok berangan orang ramai dah letih dan taksupport Amanah da pakatan harapan. Hangpa tunggulah nanti hangpa jatuh terkangkang terkejut bewak.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 Januari 2016 9:48 PG delete

Hampa ditunggu...

Reply
avatar
rusli rashid
AUTHOR
19 Januari 2016 4:27 PTG delete

Golong tunjuk sat tang mana Islamnya PAN.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 Januari 2016 4:59 PTG delete

Islam bukan letak pada sarban besaq tong sampah macam tontowi vellfire, bukan pada janggut panjang sampai kelutut macam azli taliban kalah perang atau mp yg dok sengih dlm dewan macam nik budoh

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
20 Januari 2016 10:19 PG delete

Islam liberal ditunjukkan bila sanggup tolak hudud dan bilamana lebih mengimani konsesus PH menolak hudud berbanding memgimani alQuran yg perintahkan laksanakan hudud..

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes