Khamis, Januari 29, 2015

ULAMA PAS : WAJIB TAAT TG HADI..

 

Dewan Ulama PAS Pusat mahu Penasihat DAP Lim Kit Siang memahami kebimbangan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi tentang kesan buruk jika hanya satu kaum yang memonopoli kemenangan dalam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pemangku Timbalan Ketua Datuk Mahfodz Mohamad berkata bantahan Hadi itu tidak ada kaitan kononnya PAS tidak yakin menang jika pilihan raya itu dilaksanakan, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Sehubungan itu, Mahfodz menggesa Lim supaya tidak membuat andaian berhubung kebimbangan Hadi mengenai kesan negatif yang akan terjadi dalam pilihan raya itu.



"Saya difahamkan, bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown, Johor Bahru dan Melaka menjadi idaman DAP untuk dimonopoli.

"Perkara inilah yang membimbangkan Presiden PAS kerana dikhuatiri akan mengeruhkan hubungan antara kaum," kata Mahfodz seperti dilaporkan akhbar itu.

Beliau mengulas kenyataan Lim yang menyifatkan bantahan Hadi menunjukkan beliau tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu dan tidak selaras dengan hasrat Pakatan untuk menawan Putrajaya pada piliran raya ke-14.

Wajib taat pendirian Hadi

Dalam laporan itu juga, Mahfodz yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS turut mengingatkan DAP bahawa perlaksanaan pilihan raya PBT mesti disepakati oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

Sementara itu, dalam laporan yang lain, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali menyarankan semua pemimpin dan ahli parlimen PAS tidak memberi pandangan terhadap sebarang isu yang bercanggah dengan pendirian Hadi.

Beliau yang juga MP Kuala Nerus berkata pendirian Hadi sebagai ketua parti wajib dberikan hak ketaatan menurut Islam, lapor akhbar bahasa Melayu itu

"Penyertaan dalam memberi pendapat terhadap isu-isu semasa haruslah mengambil kira pelbagai aspek termasuklah keselarian dengan dasar dan tujuan serta ketepatan dengan perlembagaan parti.

“Panduan oleh Majlis Syura Ulamak yang diberi kuasa memimpin dan menjelaskan dasar Islam yang dipegang oleh parti dan pendirian Presiden PAS sebagai Ketua Parti yang Wajib (bukannya Sunat atau Harus) diberikan hak ketaatan menurut Islam,” tulis Khairuddin dalam laman Facebooknya.

mk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng