Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Januari 16, 2015

Berita Baik : Mejar Zaidi ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang

Mejar Zaidi Ahmad bersama keluarga diluar mahkamah, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI

SHAH ALAM - Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera baru-baru ini mungkin akan diambil bekerja di Pulau Pinang.

Memetik laporan sebuah portal berita hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dikatakan, sedang mencari peluang pekerjaan bagi membantu bekas pegawai tentera itu.

Menurut Mohd Rashid, buat masa kini, pihaknya masih meninjau kekosongan pekerjaan di kawasan Bertam atau Tikam Batu.

"Dia adalah kawan rapat saya dan ini masanya untuk saya bantu rakan yang memerlukan.

"Kami akan mempertimbangkan untuk menawarkan dia kerja dalam NGO mungkin," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Mejar Zaidi dibuang kerja 12 Januari lalu selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan  isu dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Zaidi mencetuskan kontroversi semasa pilihan raya umum lepas Mei 2013 apabila beliau memberitahu media bahawa dakwat kekal yang digunakan boleh dikeluarkan dengan mudah.

"Akan ada peluang untuk Zaidi di mana beliau secara aktif boleh menyumbang kepada rakyat," kata Rashid, sambil menambah bahawa pada masa ini tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.

sh

2 ulasan:

  1. Tolong biar ikhlas dan telus. Jangan ambil kesempatan atas penjawat awam yang berani ini.

    BalasPadam
  2. taniah tuan insyallah allah akan beri tuan yang lebih besar lagi rezeki dunia dan akhirat

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...