Senarai Blog...Geng

Ahad, Januari 25, 2015

LUAR BIASA!! TUAN GURU NIK AZIZ


Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.


Doktor meminta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor yang merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu seda, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat baru boleh disuntik.

Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua malam beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yang tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر.

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya.

Di dalam keadaan sakit yang sangat kritikal, tapi masih membangunkan hambaNya yang dikasihi untuk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

Menurut doktor yang merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum daripada ini... 


Sumber asal: Kerabu Bersuara Group..

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...