Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa
gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh
pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Januari 2015.
Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.
"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.
"Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun saya pada 22 Januari tetapi dikeluarkan pada hari sama," katanya dalam kenyataan yang dilampirkan dengan penyata tersebut.
Zaidi dibuang kerja oleh tentera pada 12 Januari lalu selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tentang dakwat kekal tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Menurut Zaidi, tindakan itu dibuat walaupun pihak TUDM masih belum
mengeluarkan surat rasmi penamatan khidmatnya sebagai seorang tentera.
"Sehingga kini tiada surat rasmi dari tentera udara menyatakan hukuman mahkamah tentera sudah dimuktamadkan.
"Tiada juga sebarang surat menyatakan saya dipecat secara rasmi dari tentera udara," katanya.
Secara sinis, Zaidi berkata beliau kini perlu menoreh getah untuk
menyara hidupnya - satu rujukan kepada komen Facebook yang didakwa
dibuat oleh seorang ahli mahkamah yang mengadili kesnya.
"Bermula esok, saya mungkin perlu menoreh getah atau menjala ikan untuk menyara keluarga," katanya.
mk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...