Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Januari 07, 2015

Berita Kelantan : Kerajaan Kelantan Jawab Fitnah Dari Pihak Lawan...

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menafikan pihaknya tidak memerlukan sukarelawan dari luar, apa lagi meminta mereka segera keluar dari negeri ini dengan alasan menyusahkan penghantaran bekalan kepada mangsa banjir.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, apa sebenarnya berlaku kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan untuk meringankan beban mangsa banjir.

“Saya menafikan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab di laman sosial menyatakan saya tidak memerlukan kepada sukarelawan daripada luar Kelantan.

“Apa lagi  meminta mereka keluar dari negeri ini kerana menyusahkan urusan penghantaran bekalan,” ujarnya.

Justeru, ujarya, jauhilah fitnah dan khabar angin yang hanya menambahkan dosa, sebaliknya memberi tumpuan kepada mencari alternatif bagi meringankan beban seluruh mangsa banjir.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan mengucapkan penghargaan pada semua pihak yang bekerja keras untuk membantu mangsa banjir di negeri itu sehingga ada di antara mereka terkorban.

Katanya, khidmat itu sehingga ada di antara mereka terkorban.

“Semoga petugas yang terkorban sewaktu membantu meringankan bebanan mangsa banjir mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah,” ujarnya.

Teks ucapannya dibacakan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah selepas mesyuarat Tasforce Pasca Banjir kali kedua hari ini di Kota Darulnaim.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan negeri mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu.

“Terima kasih pada kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Thailand, penghargaan khas buat mereka.

“Pada masa yang sama juga terima kasih kepada agensi kerajaan negeri, Persekutuan, pasukan keselamatan, sukarelawan, NGO-NGO, orang perseorangan termasuk para dermawan dikalangan koprat dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, selain sukarelawan tempatan, sukarelawan dari Palestin, Singapura, Bangladesh dan Thailand juga turut membantu.

Sementara itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyumbangkan derma dengan menyalurkannya melalui akaun kerajaan negeri.

Bagi pembangunan semula pasca banjir boleh disalurkan Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan, melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad: 03018010080024 atas nama Tetuan Perbendaharaan Negeri Kelantan.


hd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...