Olen Ustaz Idris Ahmad
Ketika saat getir begini marilah sama-sama kita menghala muncung senapang kita kepada musuh, bukan sesama sendiri.
Sebagaimana pesanan Imam Hassan al-Banna "Kewajipan lebih banyak daripada waktu".
Sebenarnya
kerja di dalam PAS ini banyak, tetapi kita amat kurang amilinnya
(petugasnya). Orang hendak mendengar ceramah ramai, tetapi sedikit orang
yang hendak mengatur ceramah.
Ramai orang hendak mengundi, tetapi sedikit orang yang bekerja untuk menarik pengundi.
Begitu
juga ramai orang yang hendak mengkritik, tetapi sedikit orang yang
melaksanakan apa yang dia kritik. Alangkah baiknya jika kritik disusuli
dengan tindakan.
Barulah jamaah akan bergerak dengan baik. Jangan kita balun sahabat yang bekerja tanpa belas kasihan.
Sedangkan
kebanyakan mereka ini bekerja kerana Allah. Biasalah sebagai manusia
yang tidak maksum yang tidak sunyi daripada kesalahan dan kelemahan.
Raikanlah mereka sebagai sahabat yang ikhlas bekerja.
Saya yakin
mereka yang ikhlas membuat kerja jamaah tidak akan mempersia-siakan
peluang dan masa. Mereka melakukan yang terbaik untuk PAS.
Pada
mereka tidak ada masa untuk mencari kesalahan sahabat yang bekerja.
Sepatutnya yang kita hendak marah ialah mereka yang tidak buat kerja.
Mereka
yang buat kerja selalunya ada salah, kerana mereka bekerja. Manakala
mereka yang tidak bekerja sentiasa selamat daripada buat salah. Umpama
kereta jika sering diguna, maka ia akan rosak, berbanding dengan kereta
yang tidak diguna.
Kita mesti mentarbiah diri kita menjadi rijal al-amal (orang yang bekerja), bukan rijal al-kalam (orang yang hanya bercakap).
Ahli
yang produktif ialah mereka banyak bekerja, bukan banyak bercakap. Kita
mesti rasa malu dengan ahli yang rajin bekerja berbanding dengan ahli
yang banyak bercakap dan menjadi pengkritik tegar.
Kebiasaannya
orang yang kuat mengkritik, hasilnya tidak seberapa. Paling parah sekali
apabila diberi amanah dia tidak mampu menyelesaikan.
Perlu
diingatkan tidak salah kita menjadi pengkritik, tetapi biarlah bersifat
konstruktif (membina), bukannya meruntuh. Jamaah akan menjadi beku dan
jumud jika semua ahlinya tidak berani mengkritik. Tidak ada idea baru
dan tidak segar kerana apa yang dibincang masih bersifat satu hala.
Oleh
itu kita diajar oleh Nabi Muhammad SAW membaca tasbih kafarah apabila
hendak berpisah di dalam setiap pertemuan. Tasbih yang memohon keampunan
daripada Allah, dibimbangi di dalam kita berbincang ada kritikan yang
tidak sedap dengar oleh sahabat yang lain atau melanggar batasan syarak.
Begitulah
juga para sahabat, mereka tidak akan berpisah kecuali setelah membaca
surah al-Asr. Kerana di dalam surah ini sarat dengan tausiah (pesanan)
baik untuk orang yang beriman. Antara lain bermaksud "Berpesanlah dengan
kebenaran dan berpesanlah dengan kesabaran".
Faktor-faktor yang menyebabkan seorang yang hanya pandai mengkritik:
-
Sombong dengan pandangan sendiri, dia merasakan dia yang bijak orang
lain bodoh. Idea dia sahaja yang hebat, dan wajib diterima.
-
Tidak menghargai kerja sahabat, ini satu tabiat yang buruk. Sedangkan
sahabat yang bekerja sebagai satu tanggungjawab kepada jamaah yang hanya
mengharap keredaan Allah SWT.
- Tabiat suka mengkritik orang
lain yang sudah menjadi darah daging dan menjadi makanan hariannya.
Mungkin mulutnya jadi gatal apabila tidak boleh kritik sahabat. Ia akan
berusaha mencari kesalahan walau pun sekecil mana sekali pun.
-
Merasa dirinya sahaja yang pandai, orang lain bodoh. Semua idea yang
dilontarkan oleh ahli akan ditolak. Paling menyedihkan apabila ditanya,
apa penyelesaiannya, beliau sendiri tidak tahu dan suruh orang yang
mencadangkan cari sendiri formulanya.
- Tidak suka pegang jawatan
kerana sangkaannya lebih baik, kerana membolehkan beliau mengkritik
dari semua sudut. Pengalaman saya orang yang seperti begini tidak mampu
menjalankan tugas apabila diberi amanah dalam apa lajnah sekali pun.
Beliau hanya layak menjadi Pengerusi Lajnah Pengkritik.
- Paling
takut sekali mereka ini ejen musuh yang menyelinap masuk ke dalam jamaah
untuk membuat gangguan daripada dalam. (Nauzubillah)-hd
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Senarai Blog...Geng
-
7 suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan - Nor Azizah Mokhtarbhnews@bh.com.myKUALA LUMPUR: Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Dise...25 minit yang lalu
-
LAAAA... PEJUANG TAIK MINYAK APA LAGU NI. WOIT.... MAAQUBSINTOK TAK GUNA SWSUIT. - La, ingatkan sebab lawan kerajaan, rupa-rupanya sebab sakau. Kah kah kah3 jam yang lalu
-
TUN M AKAN JADIKAN ANWAR PM SEPENGGAL? - Petang semalam telah berlangsung mesyuarat meja bulat pemimpin-pemimpin Melayu yang dipengerusikan Tun Mahathir Mohamad. Pemimpin utama Bersatu, Pas, Pej...5 jam yang lalu
-
Polis Pahang Sedang Mengesan Wanita Yang Dakwa Konon Akan Kahwin Dengan Tengku Hassanal - *KUANTAN:* Polis sedang mengesan wanita yang mendakwa kononnya akan melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam ...6 jam yang lalu
-
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan - *Mohd Asmirul Anuar Aris**PANDANGAN PETANG* SAYA telah diberi satu laporan aktiviti Amanah Kedah 2023/2024 yang dibentangkan dalam konvensyen parti itu ba...2 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Sabtu, Januari 31, 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dulu masa mula jadi ahli pas memang ikhlas niat kerana ALLAH,tapi berbeza sekarang gan dulu bila ada pemimpin yang mengaku ulama bercakap tak serupa ulama yang ngaku ustaz cakap tak macam cakap ustaz.rakan dalm pakatan pun ditembak.masa tgna masih jadi mb kelantan tak da sorang pun bercakap tentang UG,tapi bila tgna bersara kuar suara2 inginkan UG.semua orang tau baik pakatan maupun musuh[umno] tau sapa tgna memang dia akan tentang habis habisan UG ni. tgna dah katakan dulu seandainya umno ikut syariat tgna akan bubarkan pas.tapi sekarang dah terbalik kita pula yang terhegeh2 nakkan UG.nak ikhlas cam mana.dulu menentang sekarang ?????
BalasPadam