Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Januari 24, 2015

Pemuda PAS Kedah : 'Jangan sekadar riuhkan wasatiyyah'

Ahmad Tarmizi

ALOR SETAR – Kerajaan perlu tegas menentang penghinaan Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh akhbar satira Charlie Hebdo atas nama kebebasan bersuara.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, tindakan itu jelas suatu konspirasi untuk merosakkan imej Islam.

“Kami gesa kerajaan bukan sekadar meriuhkan konsep wasatiyyah dengan menyelar serangan pengganas di pejabat akhbar berkenaan, sebaliknya juga perlu tegas menyatakan alasan keganasan apabila Nabi kita dihina,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, ratusan majalah dan akhbar di Eropah kini turut mengambil peluang menghina Islam melalui karikatur, penulisan serta komik.

“Hal ini jelas bahawa Charlie Hebdo tidak bersendirian membina jaringan menghina Islam dan Nabi Muhammad.

“Walaupun mereka dikatakan bukan suara majoriti rakyat Perancis, tetapi ia merupakan suara kaum kiri yang melakukan kritikan melulu serta memiliki penyokong terhad,” katanya.

Ahmad Tarmizi berkata, rentetan penyiaran karikatur yang menghina susuk tubuh Rasulullah SAW, Charlie Hebdo berjaya menjual sebanyak 1.9 juta akhbarnya melalui edisi khas.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, beberapa laman sesawang menghina Islam dikesan masih aktif.

Lebih mengejutkan apabila terdapat pihak tertentu menghina Islam menerusi akaun Facebook ‘Islam Terbukti Salah dan Sesat’.

Akaun tersebut dipercayai aktif sejak 2011 dan semakin agresif pada 2014 dan awal Januari 2015.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin berkata, pemerhatian mendapati, akaun itu yang mendapat 1,075 likes (suka) itu turut menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan al-Quran.

sh

1 ulasan:

  1. nak tentang penghinaan macamana, kalau UMNO sendiri pun sama taraf Charlie Hebdo menghina Nabi Muhammad saw

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...