KUALA LUMPUR – Dakwaan seorang peguam bahawa Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat adalah tidak
objektif dan tidak berlandaskan hujah ilmiah.
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Abdul Ghani Samsudin berkata, tuduhan secara umum dibuat oleh Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen itu juga tidak menggambarkan hakikat sebenar.

“Kalau kita nak menilai khutbah kita mesti menilai tiap-tiap teks
khutbah yang ada, jadi untuk katakan setiap Jumaat ia (menggalakkan)
ekstremisme seolah-olah menuduh khutbah itu sebagai sesuatu yang tak
elok, sudah pasti (pandangan) ini ditentang oleh semua umat Islam.
“Jika (Paulsen) benar-benar objektif, dia kena sebut khutbah (yang) mana dan dakwaan apa (yang dibuat) dalam khutbah itu, baru kita boleh menilai adakah ia membawa kepada ekstremisme,” katanya semasa ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Paulsen pada Jumaat lalu menulis status di akaun Twitternya yang berbunyi: “Jakim menggalakkan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu tangani perkara ini jika ia serius (mahu membanteras fahaman) mengenai ekstremisme di Malaysia”.
Walaupun tidak disebut secara jelas, banyak pihak menganggap kenyataan itu merujuk kepada teks khutbah yang disediakan Jakim untuk disampaikan pada setiap solat Jumaat.
Paulsen kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya itu.

sh
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...