KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu merujuk golongan ulama terlebih dahulu sebelum menggubal akta baharu bagi menggantikan akta kanak-kanak sedia ada supaya masyarakat tidak tersalah tafsir terhadap pendidikan dalam Islam.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara itu perlu diperhalusi kerana bimbang menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.
Menurutnya, dari sudut Islam, ibu bapa dibenarkan memukul apabila sudah tiada pendekatan lain untuk mengajar anak, tetapi bukan dengan cara memudaratkan.
“Memukul bukanlah sewenang-wenangnya, malah ia bukan deraan tetapi dari segi mahu mendidik sahaja, seperti kanak-kanak berusia 10 tahun tidak mahu solat, kita boleh pukul paling minimum dengan menggunakan perca kain, tidak semestinya rotan.
“Kita sedia maklum, mendera tidak dibenarkan oleh Islam, kita tidak tahu lagi konsep undang-undang yang akan digubal itu bagaimana. Saya harap sebelum buat (akta baharu) dapatkan dahulu pandangan ulama,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad Shukri berkata, orang bukan Islam dan masyarakat antarabangsa perlu tahu, dan sepatutnya pihak konvensyen kena tahu apa dibenarkan dalam Islam.
“Amalan bersunat bayi perempuan juga melanggar konvensyen tapi ia masih diamalkan di Malaysia,” katanya.
sh
Obat TBC
BalasPadamObat sipilis
Obat Wasir Herbal Ambejoss
Efek Obat Tbc Kelenjar
Efek Obat Tbc Pada Anak
Efek Obat Tbc Pada Kulit
Efek Obat Tbc Pada Ibu Hamil
Obat Tbc Generik