Senarai Blog...Geng

Ahad, Januari 04, 2015

DAKWAH : PAS TERUS BERDAKWAH ALLAHU AKBAR!!!

 Azman Shapawi Abdul Rani

KUALA TERENGGANU – Pas bercadang ke perkampungan Orang Asli bagi menyebarkan dakwah serta pengaruh politik di kawasan itu bermula tahun ini.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, perancangan itu akan dirangka sebaik mungkin bagi memastikan matlamat menarik minat Orang Asli terhadap pengembangan dakwah Islam di kawasan itu berjalan lancar.


“Kita bercadang masuk perkampungan Orang Asli di Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman selepas banjir, mungkin dalam Mac depan.

“Walaupun ada jabatan agama yang membuat pemantauan terhadap Orang Asli di sana tetapi banyak perkara yang perlu dibuat pengisian penting, bukan sahaja politik tetapi penghayatan Islam untuk masa depan,” katanya.

Untuk peringkat permulaan, pihaknya akan cuba membina hubungan dengan penduduk setempat sebelum membuat program secara berkala dalam memastikan hubungan yang wujud itu tetap terjalin.

Beliau berkata, program turun padang mendekati Orang Asli merupakan kali pertama dilakukan Pas negeri di bawah Lajnah Dakwah memandangkan ia satu biro baharu di bawah Pas.
Bagaimanapun katanya, pendekatan sedemikian bukanlah asing kepada Pas kerana pemimpin parti sentiasa mendekati pelbagai pihak termasuk kaum Orang Asli ketika mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Pelaksanaan program kali ini katanya bertujuan mengembangkan dakwah selari dengan pengaruh politik dalam kalangan kaum tersebut.

Dari sudut perkembangan Orang Asli ketika ini katanya, kaum yang menghuni di Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman sudah pun memeluk Islam tetapi masih ada yang tiada agama.
“Orang Asli ini dilihat amat mentaati Tok Batin (penghulu) kepada apa-apa perkara dan kita akan mendekati Tok Batin terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan tersebut dengan lebih baik,” katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...