Selasa, Januari 27, 2015

Harus di Contohi : AirAsia umum mansuh surcaj bahan api

Tony Fernandes

KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat penerbangan AirAsia akan menikmati tambang lebih murah berikutan pemansuhan surcaj bahan api bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pemansuhan surcaj bahan api tersebut akan dilaksanakan ke atas kesemua syarikat penerbangan di bawah kumpulan AirAsia, serta syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.

Jelas beliau, langkah tersebut diambil selaras dengan penurunan harga minyak global.

“Kami akan terus memastikan kos penerbangan adalah pada harga yang paling berpatutan.  Keputusan ini telah dibuat pada November 2014, selaras dengan penurunan harga minyak global.

"Namun, kami hanya boleh melaksanakannya sekarang, tetapi kami percaya dengan memansuhkan surcaj bahan api dan mengurangkan kos perjalanan akan memberi lonjakkan dalam industri pelancongan. Ini akan menjadi faktor tambahan bagi para pengguna, tetapi ekonomi juga akan mendapat manfaat kerana industri pelancongan adalah industri yang membuka banyak peluang pekerjaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, AirAsia merupakan syarikat penerbangan pertama yang memansuhkan surcaj bahan api bagi kesemua destinasi penerbangan domestik dan antarabangsa pada tahun 2008.

Bagaimanapun kenaikan harga minyak secara mendadak memaksa syarikat penerbangan tersebut memperkenalkan semula surcaj bahan api dalam tambangnya pada tahun 2011.
Mengulas lanjut mengenai pemansuhan surcaj bahan api itu, Tony berkata, ia membolehkan penumpang menikmati kadar tambang serendah RM19 sehala.
“... dan tambang termasuk semua bagi penerbangan antarabangsa bermula dari serendah RM49 sehala,” ujarnya lagi.

Untuk maklumat lanjut, pengguna dan pelanggan boleh melayari www.airasia.com, atau laman mobil mobile.airasia.com dan applikasi mobil bagi iPhone dan peranti android untuk mengetahui perkembangan AirAsia, promosi, aktiviti serta peraduan.

Pengguna juga boleh mendapatkan informasi tambahan di Twitter rasmi AirAsia (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

sh

2 ulasan:

  1. bila nak kempen hapus surcaj 30% tambang bas ekspress pulak?

    BalasPadam
  2. mansuh surcharge tapi barang lain dlm kapalterbang seme di caj mahal2... lagi usaha utk melebong rakyat dgn izin pemerintah yg zalim...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng