Khamis, Januari 29, 2015

BERITA TERKINI!! : TUAN GURU NIK AZIZ ULAMA KEBANGGAAN ADMIN..

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan boleh duduk di kerusi roda buat pertama kali dan mampu bertahan selama setengah jam untuk sesi latihan pemulihan, hari ini.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, perkembangan itu cukup menggembirakan.

“Ayahanda baru selesai latihan pemulihan sekejap tadi. Alhamdulillah, ayahanda boleh didudukkan di atas kerusi roda untuk kali pertama dan mampu bertahan selama setengah jam.

“Ia sudah cukup menggembirakan saya yang menyaksikan. Semoga ayahanda bertambah gagah hari demi hari,” katanya melalui kemas kini status Facebooknya yang terkini.

Beliau turut memaklumkan pihak hospital telah mengunjungi rumahnya bagi membantu dalam persiapan keperluan apabila Nik Aziz dibenarkan pulang nanti.

“Pagi ini doktor dan pihak hospital berkunjung ke rumah untuk melihat dan membantu kami menyempurnakan keperluan dan persiapan untuk ayahanda apabila dibenarkan pulang nanti.

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada para pelawat yang memahami keadaan ayahanda, juga terima kasih buat kawan-kawan lama ayahanda dalam perjuangan yang datang dari jauh dan dekat. Ayahanda mengingati kawan-kawan lama beliau,” katanya.

Malah, Nik Abduh turut memberitahu ada penganut bukan Muslim yang meminta izin menziarahi Nik Aziz untuk berdoa.

“Terima kasih buat doa seluruh rakyat Malaysia. Ada rakan bukan Muslim mohon izin menziarahi ayahanda khas untuk berdoa. Saya gembira. Walaupun berlainan ugama, tuhan yang esa akan mendengar daripada seluruh hambaNya.

“Tiada nikmat lebih indah di hujung kehidupan manusia selain doa daripada seluruh makhluk Allah di bumi dan langit untuknya. Semoga ayahanda dikurniai nikmat itu hingga ke akhir nanti. Amin,” katanya.
       
sh

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng