Iklan Penaja 1

Picture

Ahad, Mac 31, 2013

12 Lagi Kerusi Bakal Milik Pakatan Rakyat? - Lim Kit Siang


Di sebalik kemungkinan pembubaran Parlimen tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, peluang bagi Pakatan Rakyat untuk menguasai 12 lagi kerusi Parlimen "kelihatan cerah."

Perikatan itu mahu menggunakan ruang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan menjelang tarikh pilihanraya umum ke-13.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Kit Siang berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk memperoleh kemenangan di 12 kawasan untuk menang selesa dalam pilihanraya umum ke-13.

"Dua belas kerusi marginal yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," katanya.

Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

Sebelum ini Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah kali ini ada mengatakan Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 33 kerusi Parlimen, tambahan kepada 82 yang diperoleh lima tahun lalu.

Fakta:

Kerusi parlimen (marginal) yang bakal dimenangi:

1) Arau (PAS kalah majoriti 300 undi)
2) Alor Setar (KEADILAN kalah majoriti 184 undi)
3) Kuala Nerus (PAS kalah majoriti 1,341 undi)
4) Larut (PAS kalah majoriti 1,911 undi)
5) Kuala Kangsar (PAS kalah majoriti 1,458 undi)
6) Kampar (DAP kalah majoriti 2,697 undi)
7) Bentong (KEADILAN kalah majoriti 12,549 undi)
8) Raub (DAP kalah majoriti 2,752 undi)
9) Jerantut (PAS kalah majoriti 1,946 undi)
10) Sabak Bernam (KEADILAN kalah majoriti 1,335 undi)
11) Pandan (KEADILAN kalah majoriti 2,961 undi)
12) Rembau (KEADILAN kalah majoriti 5,946 undi)
13) Bukit Katil (KEADILAN kalah majoriti 1,758 undi)

Daripada senarai ini, sembilan kerusi kalah di bawah 3,000 undi, dan cuma dua kerusi kalah di bawah 500 undi.

Berdasarkan maklumat pengiraan (dalam sistem pilihanraya), kerusi yang mempunyai majoriti kurang 3,000 undi dianggap kerusi kelabu (50:50) dan peluang untuk merampasnya dari tangan BN dikira cerah kerana:

a) Bilangan pengundi muda yang naik mendadak
b) Kempen penerangan dan maklum balas dari akar umbi
c) Kesedaran rakyat antara peringkat 30-45 tahun semakin tinggi
d) Undi rosak yang tinggi (400 ke 900 undi) dijangka akan berlaku jika sabotaj dari dalam parti BN sendiri ekoran tidak puas hati calon pilihan mereka ditolak
e) Bilangan calon muda dari Pakatan Rakyat ditampilkan oleh penyandang kerusi sekarang
f) Kesefahaman antara jentera Pakatan Rakyat di setiap kerusi parlimen
g) Sebaran media alternatif (Facebook, Twitter dan blog) kini memasuki kawasan Felda dan pedalaman

Adalah tidak mustahil lebih daripada 11 kerusi lagi yang disenaraikan Kit Siang mampu dimenangi dengan syarat kerja keras dari sekarang serta tampilkan calon pilihan majoriti pengundi untuk memikat mereka mengundi calon Pakatan Rakyat.

Statistik terbaru menunjukkan BN cuma menang 80 ke 95 kerusi (kerusi putih) berbanding Pakatan Rakyat (107 kerusi) sementara bakinya merupakan kerusi kelabu yang mesti direbut sebanyak mungkin.

Apakah dengan tambahan 12 kerusi ini mampu membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya?

Ia tidak mustahil untuk dilaksanakan!/JalanPulang

PELUANG MENJANA INCOME TERHEBAT

'Wan Azizah boleh jadi MB' Selangor - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


Khalid Ibrahim: 'Wan Azizah boleh jadi MB'
Abdul Khalid (tengah) bersama Lajim (tiga, kanan) dan Pengerusi Sabah Lembah Klang, Datuk Salam Harun (dua, kanan) di Majlis Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang.
 
SHAH ALAM – "Dia (Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) layak jadi Menteri Besar Selangor."

Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab spekulasi bahawa Wan Azizah mungkin bertanding di kerusi Dun dan disebut-sebut bakal dicalonkan di sebuah kerusi di Selangor.

 Malah, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga dijangka dilantik sebagai menteri besar jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka di negeri ini.

Bagaimanapun untuk menjadi calon (menteri besar) di negeri ini, antara perkara yang penting dan perlu ialah kad pengenalan beliau mesti bermastautin di Selangor," katanya selepas Majlis Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang di sini, semalam.

Menurutnya, pemilihan sebagai menteri besar akan ditentukan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor memberi kuasa kepada Sultan untuk memilih pemimpin yang mempunyai kepercayaan untuk mentadbir negeri.

“Dalam enakmen ada tetapi tidak boleh timbulkan spekulasi itu sekarang. Selepas pilihan raya Sultan Sharafuddin menerima menghadap wakil-wakil yang memenangi jumlah kerusi terbesar dalam Dun.

"Itu yang akan berlaku, jadi kita tidak boleh timbulkan spekulasi itu sekarang kerana tidak mahu dikaitkan dengan istana. Itu sebab saya tidak mahu jawab (soalan) nanti orang katakan dan kaitkan dengan istana. Perkara ini sangat sensitif. Buatlah pilihan raya dulu,” katanya.

Abdul Khalid berkata, perkara tersebut tidak perlu menjadi spekulasi kerana masih dalam proses perbincangan di peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan belum satu keputusan muktamad mengenainya.

“Pengumuman itu akan dilakukan (tidak lama lagi). Oleh sebab itu kita benarkan perbincangan perkara ini dan spekulasi ini akan berakhir. Dalam masa dua minggu ini akan ada pengumuman yang akan berlaku di negeri Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid melahirkan penghargaan kepada rakan-rakan kepimpinan PR dari Sabah terutama Datuk Panglima Lajim Ukin bersama rakyat Sabah mengadakan lawatan mesra di Selangor.

Beliau berkata, usaha tersebut memberikan rangsangan kepada pemimpin PR untuk terus berkempen kepada rakyat Selangor dan Sabah bahawa perubahan pentadbiran politik Putrajaya mesti dilaksanakan.

“Majlis ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan aktiviti mereka dalam bentuk rapat mesra supaya bukan sahaja masyarakat Sabah tahu usaha yang dilakukan tetapi rakyat Selangor tahu bagaimana rakyat Sabah ingin mengadakan kerjasama mesra antara rakyat Sabah dan Selangor.

“Tujuannya sudah tentulah jelas tujuan politik yang mana rakyat Sabah merasakan kejayaan pemerintahan PR Selangor patut dicontohi supaya dapat dilaksanakan di Sabah,” katanya./SinarHarianOnline

 Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Notis huru-hara PRU fitnah Umno mahu burukkan PKR - Rafizi Ramli


Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.

"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya.

Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat.

Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu. Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat.

Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya./SinarHarianOnline

VIDEO PANAS!!!!! DSAI
 

Rosak!!!! Pergi umrah tapi Najib sebar fitnah, video lucah – Anwar Ibrahim

KUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
562068_10151338048001510_1842749425_n
“Najib pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah.
“Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.

Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.

09d2ed2c995a11e29efd22000a1f9a07_7
Mengulas lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah.
“Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah tempat jalan dihalang.

“Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa Jangan hina. Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah macam ini. Politik apa ini?” kata Anwar./KeadilanDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
 

Karpal yakin PR menang!!! PRU13 ini!!!

Karpal Singh
Karpal Singh
 
GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan empat negeri yang ditadbirnya sekarang ini dan merampas tiga negeri lain daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Johor.

Beliau berkata,PR juga mampu meraih majoriti mudah dengan menawan tujuh negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, selain mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, PR akan menawan semula Perak selain merampas Perlis, Negeri Sembilan dan Johor.

"Kita yakin akan menang di tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya kali ini.

"Selain itu, kita bakal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan menawan Putrajaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Karpal yang juga Ahli Parliemn Bukit Gelugor berkata, DAP akan menampilkan lebih banyak muka baru pada PRU13.

Ditanya mengenai desas-desus akan bertanding di luar Pulau Pinang, Karpal berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Bukit Gelugor.

"Saya memilih untuk mengekalkan kerusi saya di sini jika itu yang ditentukan parti," katanya.

Mengulas mengenai kesediaan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow untuk bertanding bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam PRU13 dengan bersyarat, beliau berkata, Chang Yeow tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat.

“Chang Yeow tidak perlu meletakkan sebarang syarat. Beliau bukan setaraf dengan bekas Presiden Gerakan yang lalu iaitu Tun Dr Lim Chong Eu.

“Chang Yeow terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Chong Eu," katanya./SinarHarianOnline

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13
(SOKONG SILA KLIK)

Sabtu, Mac 30, 2013

Sengit di kerusi 3 pemimpin PKR, ramal Anwar Ibrahim

Sengit di kerusi 3 pemimpin PKR, ramal Anwar

Dalam keghairahan mahu menawan Putrajaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu memandang remeh terhadap saingan sengit yang mampu diberikan musuh politik mereka BN.

Dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur malam tadi, ketua umum PKR itu meluahkan sikap hati-hatinya itu untuk kerusi Gombak, Pandan dan Lembah Pantai.

Ketiga-tiga kerusi itu akan ditandingi tokoh heavyweight PKR, iaitu Azmin Ali (timbalan presiden), Rafizi Ramli (pengarah strategi) dan Nurul Izzah (naib presiden yang juga anaknya) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Fokus yang Umno mesti tumbangkan (adalah) Azmin di Gombak, Rafizi di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2004, Azmin menewaskan calon BN Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi.

Nurul Izzah membuat kejutan dengan memalukan penyandang kerusi Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang juga ketua Wanita Umno dan menteri kabinet pada masa itu dengan majoriti 2,895 undi.

Manakala Rafizi pula akan membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya dengan turun ke kerusi yang disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tek Kiat.

Ong bagaimanapun belum tentu terpilih mempertahankan kerusi itu daripada asakan Pakatan.

'Lagi kacau, lagi dahsyat 2, 3 minggu lagi'
Sementara itu, tanpa memberikan sebarang perincian, Anwar mendakwa mendapat maklumat daripada sumber "sebelah perdana menteri" bahawa terdapat lebih banyak "fitnah" berkaitannya akan disebarkan dalam masa terdekat.

"Saya dapat maklumat dari sebelah Datuk Seri Najib, (dalam masa) dua tiga minggu lagi, lagi kacau, lagi dahsyat, lagi teruk dia (dari sebelah sana) punya caci dan fitnah," kata Anwar.

Kata Anwar, taktik itu tidak mensasarkan untuk mengolah krisis keyakinan terhadap beliau tetapi sekadar cukup "menimbulkan kecurigaan" bagi merencatkan kebangkitan rakyat.

"Mereka tidak mahu timbulkan krisis keyakinan dan mereka juga tidak kisah sama ada ia benar atau tidak benar.

"Mereka cuma mahu timbulkan sedikit kecurigaan sahaja," katanya.

Terbaru, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa menerima maklumat bahawa video seks palsu menampilkan Nurul Izzah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (dalam dua video berasingan) akan disebarkan.

Anwar malam tadi turut mengumumumkan Azmin dan seorang lagi naib presidennya Tian Chua akan mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya lalu di Gombak dan Batu.

Pengumuman pemilihan Tian Chua dibuat di kawasan Parlimen itu dalam ceramah sebelumnya./MalaysiaKini

 Umno/BN Gila Seks!! (video)

Jumaat, Mac 29, 2013

Umno BN akan terus menipu untuk pertahan Putrajaya habis-habisan... Panas!!!

KUALA LUMPUR 29 MAC: Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat.
Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

hishamuddin_raisKatanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa.
“Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. Mereka tetap akan meneruskan penipuan.

“Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi. Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi.

“Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai.

“Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu.

Beliau berkata demikian pada Forum ‘PRU 13, Ke Mana Malaysia?’ anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center (SIRD) dan Malaysiakini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip.

Mengulas lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN.
“Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah.
PRU 13
“Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan,” kata beliau.
Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi.

“Dalam negara dunia ketiga ini, ‘real’ politik itu tidak wujud. Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN.

“Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil.
“Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita,” tegasnya. – NS/KeadilanDaily

 KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13
 (SOKONG SILA KLIK)

PRU 13: Wan Azizah beri bayangan bertanding di DUN Selangor

SHAH ALAM 28 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi bayangan kemungkinan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurutnya, keputusan itu belum diputuskan parti memandangkan pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki.

Beliau ditemui di Shah Alam selepas penyampaian sumbangan kepada balu dan waris wira negara yang terkorban di Lahad Datu, Sabah ditanya mengenai desas-desus akan bertanding di DUN pada PRU kali ini.
WAWI
Wan Azizah yang dikaitkan dengan DUN Sementa dan satu kerusi DUN di Shah Alam juga hanya tersenyum ditanya mengenai perkara itu.
“Saya layak untuk bertanding DUN, tapi perkara ini masih dalam perbincangan tidak formal, tapi untuk kerusi Parlimen tidak,” katanya.

“Di kawasan mana untuk bertanding kita kena buat perbincangan,” jelas beliau.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini menyatakan berhak memilih mana-mana DUN untuk bertanding, tetapi keputusan masih terletak kepada kuasa parti.

Pada PRU 2008, Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon BN, Datuk Pirdaus Ismail.
Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu. – NS/KeadilanDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Khamis, Mac 28, 2013

Isu tanah Kelantan: DAP Perak mahu Najib minta maaf


Isu tanah Kelantan: DAP Perak mahu Najib minta maaf
Koo Ham (kiri) dan Kor Ming pada sidang media, semalam.
 
IPOH - DAP Perak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada rakyat kerana berbohong apabila menyentuh isu pemberian tanah ketika berucap pada majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah, Kelantan pada 15 Mac lalu.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, ucapan Najib yang memperkatakan mengenai tujuh dosa besar Pakatan Rakyat (PR) terhadap rakyat Kelantan merupakan pembohongan besar.

Katanya, pembohongan paling utama adalah mengenai isu pemberian tanah (termasuk pengambilan balak di Gua Musang) daripada Kerajaan Negeri Kelantan kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan Menteri Besar Perak dilantik dalam kalangan pemimpin Pas Perak pada 2008.

"PR turut dituduh mencemari Sungai Relai di Gua Musang dengan aktiviti pembalakan berkenaan yang sekali gus menyukarkan kehidupan harian masyarakat di situ.

"Semua yang diperkatakan Najib adalah pembohongan dan tidak benar sama sekali. Kita (DAP Negeri Perak) tak pernah terima tanah daripada Kerajaan Kelantan.

"Kita juga tak pernah terlibat dengan isu balak, termasuk mengambilnya serta tidak terlibat dengan sebarang usaha mencemari Sungai Relai," tegas beliau pada sidang media yang turut dihadiri Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming, di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Koo Ham mencabar Najib membuktikan kebenaran isu pemberian tanah itu agar rakyat dapat mengetahui perkara sebenar.

"Kita cabar Najib buktikan perkara berkenaan. Jika ia didapati tidak benar, maka segeralah buat permohonan maaf. Jika tidak kita (DAP Perak) akan terus berkempen mengatakan beliau seorang pembohong dan tidak layak menjawat jawatan perdana menteri," katanya./SinarHarianOnline

BERITA PANAS!!!!! TV9 

Taib Mahmud yang rampas tanah rakyat, saya pula disalahkan - DSAI

KUALA LUMPUR 27 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tuduhan Tan Sri Taib Mahmud mengatakan beliau dalang video NGO antarabangsa, Global Witness yang mendedahkan bukti rakaman kerakusan  Ketua Menteri Sarawak itu dan keluarganya merompak hak rakyat Sarawak sebagai serangan peribadi.

Ketua Umum KEADILAN berkata, pemimpin Umno BN gagal menjawab sebarang kenyataan Pakatan Rakyat sebaliknya cenderung memilih untuk menyerang beliau bagi mengalihkan isu pokok.
Taib
“Sekarang banyak tokoh politik dan jutawan yang mengambil tanah, saham dan balak milik rakyat berpakat dengan media kerajaan untuk menyerang peribadi saya termasuk tuduhan Taib.

“Tuduhan Taib terhadap saya itu biasa. Memang segala masalah dalam Malaysia ini semua menyalahkan saya, malah kekalahan Manchester United kepada Real Madrid itupun salah saya kerana pengadil perlawanan itu orang Turki,” sinis Anwar ketika diwawancara Radio Free Malaysia (RFM), malam kelmarin.
Anwar berkata, Taib perlu menjawab kebenaran di sebalik penyebaran video itu bukannya menggunakan media bagi menyerang beliau.

“Itu yang patut Taib dan Umno BN buat, bukan persoal siapa yang terlibat dedah kecurangan kuasa mereka,” tegasnya.
Sambung Anwar, siasatan segera perlu dilakukan terhadap Taib dan keluarganya berikutan penyebaran video tersebut.

“Benarkah tanah dirampas melalui salah guna kuasa sehingga membolehkan semua penyangak ini mendapat kekayaan mencecah berbilion ringgit?” katanya.
Baru-baru ini, Taib menuduh Anwar menjadi dalang kepada penyebaran video itu dan mendakwa Anwar tidak layak mentadbir negara kerana seringkali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam politik negara.

Umno BN turut menuduh Anwar sebagai agen Yahudi, Amerika, Turki, India dan turut dikaitkan sebagai agen Sulu ketika pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
RFM merupakan usahasama stesen radio gelombang pendek Radio Free Sarawak (RFS) di frekuensi MW 1,359 kHz memulakan siarannya malam Isnin lalu dengan menyiarkan wawancara bersama Anwar. – NS/KeadilanDaily

Berminat Menjadi "AGEN PERUBAHAN" Klik Now!! 

Rabu, Mac 27, 2013

Kit Siang ramal Pakatan Rakyat menang 7 negeri

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Perlis dan Negeri Sembilan adalah dalam jangkauan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri Pakatan daripada lima pada 2008 kepada tujuh pada 2013.

NONEDalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ahli parlimen Ipoh Timor itu menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu boleh mengekalkan kuasanya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan menawan semula Perak.

Dengan kemampuan untuk menawan Perlis dan Negeri Sembilan, maka beliau mendakwa harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya adalah cerah.

Bagaimanapun, Lim (kiri) mengakui bahawa kerajaan PAS Kedah dalam keadaan yang goyah.

Walaupun begitu, Lim berkata, 'tsunami politik' pada pilihan raya umum 2008 masih belum mencapai kemuncaknya.

"Pada pilihan raya umum lepas, angin anti-establishment bermula dari utara dan berhenti di Negri Sembilan. Ia bukan tsunami penuh. Ia belum mencapai kemuncaknya.

"Tsunami akan hanya reda apabila ia mencapai puncaknya. Saya percaya akan ada tsunami politik yang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang yang akan melanda seluruh negara," Sin Chew Daily memetik Lim sebagai berkata./MalaysiaKini

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Anwar Ibrahim nasihat Umno istighfar


Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan ALLAH SWT susulan laporan media bahawa akan muncul video seks dan foto melibatkan Ketua Pembangkang itu sendiri dan anaknya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR.

"Toksahlah.. saya nak nasihat Umno, ni waktu Maghrib, pi lah amik wuduk dan tau apa itu fitnah.
"Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung Umno ini kerjanya itu sahaja," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan PR, di sini, lewat petang ini.

Pagi tadi, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks beberapa hari lalu dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.
"... Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata beliau.

Lebih dua minggu lalu seorang pemblog yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan siri gambar seakan-akan menunjukkan Anwar mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki.
Ekoran tindakan itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah menyaman pemblog berkenaan.
Ditanya sama ada hanya dua pemimpin itu sahaja yang menjadi mangsa spekulasi seks itu, Saifuddin berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini, yang akan menerima nasib yang sama.

"Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya sambil menyatakan imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.
Dalam pada itu, PR hari ini sebulat suara menolak tawaran 10 minit kepada parti-parti politik untuk membentangkan manifesto pilihan raya menerusi RTM.

Anwar berkata, tawaran itu seolah memperolokkan sistem demokrasi dan kebebasan media kerana ia bermakna seolah-olah memberikan 23 jam dan 50 kepada Umno-BN manakala PR hanya diberikan 10 minit.
"Itu belum tentu disiarkan sepenuhnya kerana ia direkod awal.

"Prinsip yang dituntut PR ialah ruang yang adil dan media yang bebas. Kalau ada semangat yang merujuk ke arah itu, pastinya PR akan berikan pertimbangan," katanya.
Hadir sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu; Saifuddin dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Pada 22 Mac lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, peluang itu diberikan kepada parti BN dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada PRU13.

"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang," katanya.
Anwar berkata, dalam menghadapi PRU13 dalam masa terdekat, PR juga mengambil keputusan untuk bergerak pantas sebagai pasukan untuk maju dalam kempen pilihan raya.

Katanya lagi, beberapa program turut telah dirancang di beberapa negeri dengan menampilkan pimpinan PR seiring untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang giat dilakukan oleh pihak Umno-BN.
Sehubungan itu, katanya, PR akan menganjurkan Forum Lahad Datu oleh bekas pimpinan tentera dan polis pada 31 Mac jam 8.00 malam di Shah Alam.
Jelasnya lagi, beberapa program lain turut dirancang pada sebelah pagi untuk memeriahkan sebelum forum itu.
Pada sidang media turut dilancarkan video yang menerangkan polisi utama PR dan tujuh dasar manifesto PR yang boleh dicapai di www.pakatan-harapan-rakyat.com./SinarHarianOnline

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Selasa, Mac 26, 2013

Takut kalah pilihan raya punca Najib tak bubar2 Parlimen – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 26 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat BN mentadbir Kerajaan Persekutuan melepasi tempoh lima tahun, selepas pilihan raya 2008.
Najib gerun jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tempatnya di Putrajaya.
Lebih parah, hanya tinggal sehari lagi sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan, diikuti negeri kelahiran Perdana Menteri – DUN Pahang pada 7 April.

Ketua Umum KEADILAN berkata, keengganan Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana percaya Umno BN langsung tidak yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Sebab itu sehingga sekarang Najib masih belum bubarkan Parlimen,” katanya pada wawancara bersama Radio Free Malaysia (RFM), malam tadi.

Anwar berkata, Umno BN tahu mereka tidak yakin dapat meraih sokongan walaupun setiap hari pelbagai pemberian kerajaan diumum untuk diberikan kepada rakyat.
“Kalau Najib yakin, walaupun sedikit bahawa Umno BN boleh memenangi PRU, sudah tentu dia bubarkan Parlimen sebelum 8 Mac lalu.

“Dari segi undang-undang, tidak salah Umno BN memerintah, tetapi dari segi moral, hak Umno BN untuk teruskan pemerintahan harus berakhir pada 8 Mac, selepas genap lima tahun mandat,” katanya.
Beliau mempertikai Umno BN yang sekarang baru memikirkan soal rakyat ketika nyawa parti itu hampir luput.
“Selama lima tahun sebelum ini apa yang Umno BN fikirkan?
“Sekarang baru fikir nak beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), naikkan  bonus dan elaun kakitangan, beri permit teksi tetapi sebelum ini semua permit itu diberikan kepada kroni Umno BN,” bidas Anwar.
Sambungnya, selepas BR1M diagihkan, defisit negara akan meningkat dan menyebabkan cukai naik.

“Kesannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan. GST inilah akhirnya akan menambah beban kepada rakyat terbanyak dan kos sara hidup lebih parah,” ujarnya.
Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.
Manakala pada 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu). – NS/KeadilanDaily

Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’

Dun Selangor bubar minggu ini?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor dikatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Abdul Khalid juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat Exco yang terakhir hari ini untuk membincangkan mengenai ‘caretaker government’, penyerahan tugas dan perkara berkaitan pembubaran tidak lama lagi.

Lebih mengukuhkan lagi apabila beliau dikatakan memilih hari Isnin untuk mengadakan MMKN berbanding kebiasaannya pada Rabu setiap minggu.

Sumber dalaman tidak menolak kemungkinan mesyuarat Exco diubah ke Isnin iaitu hari ini kerana Abdul Khalid akan mengadakan perbincangan dengan barisan Exconya berhubung pembubaran Dun Selangor pada Rabu.

Menurut sumber lagi, pihak istana mahukan pembubaran diadakan dalam satu majlis rasmi yang sempurna dan teratur sebagai mana mereka menghadap baginda ketika mula mengambil alih Selangor Mac 2008.
Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid mengumumkan kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap Goh Meh.

[KLIK DI SINI UNTUK KLIP VIDEO PERANG POSTER DI LEMBAH KLANG]


Beliau berkata, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

“Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa induktor berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan Dun).

“Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun),” katanya sebelum ini.

Bagaimanapun cadangan tersebut dikecam banyak pihak terutamanya Barisan Nasional (BN) kerana sehingga hari ini beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya./SinarHarianOnline

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
 

Isnin, Mac 25, 2013

Pertemuan Anwar dengan Misuari untuk usaha damai selatan Filipina

KOTA KINABALU 25 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

Anwar
“Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian antara Filipina dengan MNLF.

“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).
“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.
Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.
tepukan
“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.

Dalam pada itu, Anwar menasihatkan orang Islam dan masyarakat Kristian tidak mengambil sikap permusuhan, kerana isu sebenar ialah pencerobohan oleh gerombolan bersenjata.

“Kalau orang itu Kadazan, dia Kristian dan dia dianiaya, saya tak setuju. Kalau dia orang Islam Sulug, kita tetap bela. Saya bukan lawan dengan orang Sulug. Saya lawan dengan sesiapa yang ceroboh pakai senjata dan ganggu gugat keamanan,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.

“Jangan fikir rakyat Sabah bodoh. Ini bukti politik kotor yang cuba nak cari jalan dan nak tangkap saya di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) tanpa ikat jamin,” kata Anwar. – SDQ/KeadilanDaily


Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Najib Otak Kecik... ciplak idea Pakatan Rakyat..


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak didakwa seorang pemimpin yang tidak tahu malu apabila menciplak idea pihak lawannya menjelang pilihan raya umum ini.

Ia terbukti apabila Najib mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi kepada pemandu teksi terpilih baru-baru ini.

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 1,000 permit teksi akan diberikan kepada pemandu-pemandu teksi terpilih mengesahkan beberapa perkara.

Demikian dinyatakan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi beliau, pengumuman Najib itu memberi tiga implikasi.

Pertama, ia pengakuan terbuka Umno/Barisan Nasional bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (melalui Dasar Bersama, Buku Jingga dan Manifesto Rakyat) benar-benar memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.

Kedua, ia mengesahkan bahawa program-program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno/Barisan Nasional.

Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

"Pun begitu, saya mengkritik sekerasnya kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengumpan pemandu teksi untuk mengundi Barisan Nasional," katanya.

Ucapan beliau, katanya, berbaur ugutan politik apabila beliau menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah “bai’ah” (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan.

Setakat ini, Umno/Barisan Nasional terus gagal untuk mengumumkan manifesto mereka sendiri.

Sebaliknya, Najib Tun Razak menciplak idea dasar Pakatan Rakyat dan mengumpan rakyat dengan berjanji akan melaksanakan program-program Pakatan Rakyat itu sekiranya Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi.

"Beliau nampaknya tidak mempunyai idea dan kepakaran ekonomi kerana sering terpaksa bergantung kepada idea orang lain, termasuklah idea Pakatan Rakyat sendiri.

"Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini," katanya.

Bagi Rafizi, penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini./HarakahDaily

Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’

Tarikh bubar Parlimen patut diumum awal - TGNA


Nik Aziz
Nik Aziz
 
KOTA BHARU - Ketika tarikh pembubaran Dewan Rakyat menjadi teka-teki, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemerintah sekarang takut untuk umumkannya lebih awal, selain bimbang berdepan dengan kekalahan.

Menurutnya, berbanding dengan negara lain, tempoh mengundi akan dimaklumkan lebih awal sama ada dalam tempoh tiga bulan sebelumnya ataupun selain itu.

"Sekarang ini negara kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bila-bila masa. Di Eropah negeri-negeri Eropah tiga bulan nak mengundi sudah diumumkan.

"Negeri (negara) kita ini takut nak bagi tahu, seperti budak dadah takut nak oyat kor dadah. Tak tahu takut kor gapo (tidak tahu apa yang sebenarnya ditakutkan untuk umum)," kata beliau ketika Ceramah Perdana anjuran Majlis Tindakan Pengkalan Chepa di sini.

Hadir sama pada program itu, Speaker Dun, Datuk Nasarudin Daud; Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali dan Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menegaskan, kemungkinan parti lawan takut untuk menerima kekalahan pada PRU13.

Bagaimanapun bagi beliau kekalahan pada Pakatan Rakyat bukan sesuatu yang ditakutkan tetapi lebih menakutkan adalah selepas kalah.

"Lepas pada Umno kalah baru banyak masalah akan timbul. Ini yang kita takut benar sebenarnya," katanya lagi.

Selain itu, Adun Chempaka itu juga mengajak rakyat Kelantan, khasnya menolak segala parti yang tolak Islam.

"Dukacitanya baik orang Arab, orang Melayu akhir-akhir ini, tolak Islam ambil demokrasi, molek-molek kita orang Islam tolak Islam, pilih kebangsaan.

"Sebab itu kita sejak tahun 1951 hingga kiamat kita kempen dan dakwah pujuk masyarakat Melayu Kelantan khasnya dan di seluruh Malaysia supaya tolak segala parti yang tolak Islam ambil kebangsaan.

Katanya, banyak perkara rosak bila kita tadbir mengikut fikiran diri sendiri dan tidak menggunakan agama.

Sementara itu, beliau menaruh keyakinan yang tinggi apabila PRU13 nanti Kelantan kekal berada di bawah pentadbiran Pas/SinarHarianOnline

Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’

Sabtu, Mac 23, 2013

Menteri sepatutnya letak jawatan - Datuk Husam Musa


MACHANG: Kalau di negara lain, pemimpin yang bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara sudah lama meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab apabila gagal menangani konflik sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.

Namun di Malaysia pemimpin terbabit masih selamat dan tetap utuh dengan kedudukan serta kuasa dimiliki mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, menteri yang terbabit dalam aspek keselamatan dalam isu di Lahad Datu sepatutnya mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang.

“Sepatutnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu dengan meletak jawatan.

“Tetapi bila masanya Perdana Menteri mahu sepupunya itu meletak jawatan. Hishamuddin tentunya akan mengadu kepada emaknya yang juga emak saudara kepada Datuk Seri Najib,” katanya pada ceramah di tapak eskpo di sini malam tadi.

Ceramah sempena pelancaran Kekal (K) dihadiri ribuan penduduk tempatan. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi.

Gimik pelancaran K dilakukan Husam dengan memotong tali belon, kemudian gugusan belon meluncur ke udara bersama sepanduk bertulis K. Wakil-wakil pemuda dari setiap kawasan juga menerima panji K daripada Husam.

Orang ramai yang hadir juga melafazkan ikrar beramai-ramai yang diketuai Ketua Pemuda Machang, Hatman Abdullah.

Husam bagaimanapun berkata, apa yang berlaku di Sabah pemimpin terbabit disifatkan tidak mahu mengambil tanggungjawab bagi mengembalikan maruah negara yang tercemar akibat isu Lahad Datu.

Pada ceramah itu beliau turut mendedahkan pemimpin-pemimpin Umno diberi lot saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) sehingga 400 lot seorang.

Beliau mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi saham FGVH sebanyak 400 lot kepada setiap ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan.

“Sedangkan saham tersebut diperuntukan kerajaan untuk peneroka yang miskin. Peneroka pula terpaksa membuat pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH, sedangkan pemimpin Umno diberi percuma.

“Inilah yang menyebabkan kroni pemimpin Umno mendapat keuntungan mudah dalam sekelip mata apabila menjual saham tersebut,” katanya.

Malah katanya, pemimpin Umno juga mendapat banyak keistimewaan termasuk memiliki Permit Import (AP) bagi mengimport kereta dan AP mengeksport kelapa sawit.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Perdana Menteri tidak sedar dosa-dosa kerajaan pusat terhadap Kelantan sejak 23 tahun lalu, apabila datang ke sini minggu lepas menyebut pula tujuh dosa besar PAS.

Katanya, perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas bagi mendapat hak ke atas royalti dinafikan kerajaan pusat sehingga sekarang.

“Saya telah melihat sendiri dokumen perjanjian  yang ditandatangani kerajaan Sarawak juga sama dengan apa yang ditandatangani kerajaan Kelantan. Tidak timbul sama sekali soal tiga batu nautika,” ujarnya.

Sementara itu Abdul Latiff berkata, pelancaran kempen K akan diadakan di seluruh Kelantan bagi mengajak rakyat mempertahankan kerajaan di bawah kepemimpinan ulama./HarakahDaily

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! sOKONG KLIK

Anwar Ibrahim yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu


(Anwar bergambar dengan crew Treler Demi Rakyat selepas melancarkannya. Dengan ini ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai treler masing-masing menjelang pilihan raya umum ke 13 ini)

SELAYANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib  dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang.

Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam ini.

(Sebahagian orang ramai yang memenuhi Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri)

Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah.

Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

(Buku Prima Facie tulisan Hanipa Maidin dan The Black Rose antara yang dijual kepada orang ramai)

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

"Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu.

Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini.

"Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah.

Lebih 10,000 berhimpun di pusat rekreasi Bandar Tasik Puteri itu untuk mendengar ucapan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Antaranya Zaidi Talib YDP PAS Selayang, Syamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR serta Zuraidah Kamarudin Ketua Wanita PKR.

Sempena himpunan kali ini, Anwar juga turut melancarkan 'Treler Demi Rakyat' yang seakan-akan sama dengan Treler Negara Berkebajikan PAS.

"Saya yakin treler atau lori lebih kuat untuk menahan batu dari pencacai Umno," kata Anwar merujuk kepada bas  PKR sebelum ini yang pecah cerminnya selepas dibaling batu di Melaka./HarakahDaily

Berminat Menjadi "AGEN PERUBAHAN" Klik Now!!  

KETUA POLIS NEGARA KEPANASAN!!!

IGP berang terhadap dakwaan bekas KM Sabah

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Ismail Omar yang biasanya tenang hari ini kelihatan berang apabila ditanya tentang dakwaan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

NONE"Saya tak akan layan cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka main politik atau tidak.

"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman hari ini.

Ketika mengulas lanjut, suaranya semakin lantang dan tidak dapat mengawal marah sehingga menepuk meja.

"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).

"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika./MalaysiaKini


Teknik SEBENAR jana 5 angka seminggu.

Jumaat, Mac 22, 2013

Kerajaan Negeri Sembilan haram!!! selepas 26 Mac 2013 – Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR 22 Mac: Kerajaan Negeri Sembilan akan menjadi kerajaan haram jika ia terus beroperasi selepas 26 Mac, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri pada tarikh tersebut jika tiada  pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.

“Sekiranya kerajaan Negeri Sembilan terus beroperasi selepas Selasa, 26 Mac ini, kita boleh katakan yang ia haram. Ini kerana pada tarikh itu DUN Negeri Sembilan bubar secara automatik.
“Dalam sistem demokrasi berparlimen – atau Westminster – hayat kerajaan bergantung kepada dewan. Bila dewan bubar kerajaan pun ikut bubar.

“Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilantik oleh Yam Tuan Besar. Menteri Besar (MB) yang ada boleh dilantik sebagai MB sementara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Untuk rekod, sidang pertama Dewan Rakyat adalah pada 28 April 2008, manakala sidang DUN pertama pula bermula dengan Negeri Sembilan iaitu pada 26 Mac dan diikuti DUN-DUN lain pada bulan April 2008.

Menurut Aziz, adalah tidak bermoral bagi kerajaan negeri atau pusat terus berkuasa kerana ia telah melebihi tarikh 8 Mac, iaitu melepasi tempoh mandat lima tahun yang diberikan sejak pilihan raya umum (PRU) 2008.

“Kalau dulu taklah menonjol sangat sebab dewan (Dewan Rakyat dan DUN) dibubar sebelum 5 tahun. Sekurang-kurangnya adalah hujah moral untuk tidak melantik kerajaan sementara secara formal,
“Tetapi sekarang ini lain, tarikh 8 Mac sudah jauh ditinggalkan. Tempat berpijak yang ada hanyalah tarikh dewan bersidang buat kali pertama selepas PRU yang lalu. Kalau tarikh yang itu pun sudah luput, apalagi alasan untuk kerajaan ini berada di situ dan menggunakan kemudahan serta wang rakyat,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan sementara yang dilantik di Negeri Sembilan selepas 26 Mac perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan menjalankan fungsi terhad sebagai sebuah kerajaan.
Ia katanya, termasuk tidak  membuat sebarang keputusan kritikal seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan kerajaan.

“Kerajaan sementara ini sekadar buat kerja rutin dan tak boleh buat inisiatif penting. Guna kemudahan awam lagilah tak boleh. Naikkan gaji pun menimbulkan persoalan,” ujarnya.
Menyifatkan tempoh yang ada pada kerajaan ibarat ‘simpanan petrol’ dalam tangki minyak sebuah kereta, Aziz menggesa  parlimen segera dibubar agar mandat baru diberikan oleh rakyat.

“Tarikh 26 Mac itu – atau 28 April dalam konteks Dewan Rakyat – ibarat petrol reserve.
“Maknanya kalau minyak habis, kereta kena berhenti dan isi minyak. Isi minyak di sini bermaksud bubar dewan dan adakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat atau autoriti baru dari rakyat,” kata Aziz./KeadilanDaily

#Anda Bakal Jutawan Online##
 

Bekas SB Suruh Tukar Kerajaan.. Panas!!!

Bekas SB: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis

Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.

Mantan pengarah polis Cawangan Khas Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.

NONE"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).

"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

'Kenapa bacul bertindak?'

Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.

"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.

"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.

"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.

Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.

"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.

"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.

Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.

'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'
Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.

Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.

Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.

"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.

"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.

Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.

"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.

"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.

Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan./MalaysiaKini

Hanya RM 55 anda mampu menjadi kaya

Pakatan Rakyat Perak alu-alukan Anwar Ibrahim


Muhaimin Sulam
Muhaimin Sulam
 
IPOH – Pakatan Rakyat (PR) Perak mengalu-alukan hasrat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak dan merasakan keputusan itu secar tidak langsung membuatkan Barisan Nasional (BN) Perak lebih tergugat dalam mempertahankan negeri ini.

Setiausaha Pas Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, kedudukan Anwar sebagai ketua umum membolehkan beliau membuat pilihan kawasan yang akan ditandingi

“Kehadiran Anwar di Perak bakal memberi suntikan dan melonjakkan lagi semangat perjuangan PR Perak untuk mengambil alih pentadbiran di negeri ini yang dirampas oleh Umno.

“Pas Perak akan beri sokongan padu demi kemenangan selesa kepada PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Muhaimin berkata, Pas Perak yakin Anwar pasti akan diterima rakyat walau di mana sahaja beliau bertanding.

Kelmarin, Anwar mendedahkan kepada media bahawa beliau sedang menimbang sama ada bertanding di Selangor atau Perak pada PRU13 nanti.

Berikutan keputusan itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengulas dengan menyatakan BN Perak tidak gentar jika Anwar bertanding di negeri ini./SinarHarianOnline

Berminat Menjadi "AGEN PERUBAHAN" Klik Now!! 

Khamis, Mac 21, 2013

BLOGGER BAPAK FITNAH UMNO KENA SAMAN RM 100 JUTA.


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki, minggu lalu.

Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.


Menurut peguam R. Surendran, tindakan saman itu diambil selepas tamat notis 48 jam yang diberikan kepada Papa Gomo, yang telah dihantar kelmarin.


Menurut Surendran, Anwar mengambil tindakan saman ke atas defendan kerana menyiarkan perkataan dan gambar di laman blognya bahawa terdapat video seks Anwar dengan lelaki gay.


"Defendan dengan lantang dan jahat mendakwa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Ini adalah penipuan yang amat besar dan serius dan fitnah jahat oleh blogger Umno," katanya./SinarHarianOnline


Admin : Kebenaran pasti menang!!! itu janji Allah..... 

Umno/BN Gila Seks!! (video) 

PANAS!!! UMNO/BN POLITIKAN ISU LAHAD DATU.

Umno heret Ops Daulat untuk kempen PRU


(Bendera Ops Daulat yang dinaikkan di Bukit Lada, Chenor)

MARAN: Di sebalik gesaan pihak berkuasa supaya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah tidak dipolitikkan, Umno pula dilihat cuba mengheret isu tersebut menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang ini.

Di simpang masuk ke Kampung Bukit Lada dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chenor di sini, dikibarkan bendera BN bertulis ‘Ops Daulat PRU 13’ dipercayai dinaikkan oleh petugas-petugas Umno kampung berkenaan.

Serentak dengan itu Ketua Pemuda PAS cawangan kampung berkenaan Mohd Roduan Zainal Abidin (gambar), 30, mahu bendera tersebut diturunkan kerana boleh mengundang provokasi jika dibiarkan berterusan.

“Apa motif kaitkan Ops Daulat dengan PRU 13. Kami bantah naikkan bendera itu kerana seolah-olah nak gambarkan PRU ini sebagai perang. Apakah lawan BN dalam PRU mahu dianggap tidak setia kepada negara? Mereka faham atau tidak dengan isu ini atau sengaja main-mainkan?

“Peringkat atasan kata jangan politikkan isu keselamatan, kita hormati permintaan daripada kerajaan itu kerana menganggap isu keselamatan adalah isu bersama tetapi di sini mereka buat modal kempen PRU, jadi tak baguslah,” katanya.

Roduan berkata, Pemuda memberi tempoh seminggu untuk pihak yang mahu menangguk di air keruh itu menurunkan bendera berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan polis.

Ops Daulat ialah operasi pasukan keselamatan menggeledah dan menjejaki pengganas Sulu yang menceroboh kawasan di Lahad Datu, Sabah bulan lalu sehingga mengorbankan 8 prajurit negara dan berpuluh-puluh anggota mereka.

Sementara itu ketua keselamatan PAS Dun Chenor, Ahmad Jamal Azian (gambar kanan), 44, berkata tindakan menaikkan bendera BN dengan Ops Daulat itu seolah-olah ada pihak yang mahu timbulkan suasana tegang dengan sentimen keselamatan.

“Apa maksud mereka naikkan bendera itu? Adakah mereka ingin mengatakan pembangkang itu seperti penceroboh Sulu? Adakah mereka mahu mengatakan menyokong BN itu syahid dunia seperti perajurit yang gugur? Apakah Ops Daulat itu sememangnya dirancang jadi modal PRU? Atau adakah mereka sekadar mahu menaikkan semangat pekerja pilihan raya Umno yg dilihat masih lena?

“Semua itu menimbulkan persoalan tetapi dilihat seolah-olah Umno sudah ketandusan isu sehingga sanggup mencemarkan perjuangan perwira negara di Lahad Datu,” katanya.

Sementara itu Penyelaras PAS Dun Chenor, Ramli Awang Abdul Rahman berkata, tindakan Umno menyamakan kempen PRU 13 dengan Ops Daulat adalah satu penghinaan kepada anggota keselamatan yang terkorban dan tindakan menaikkan bendera itu amat tidak wajar.

Katanya, satu laporan polis akan dibuat jika bendera tersebut terus dibiarkan./HarakahDaily

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! sOKONG KLIK

Rabu, Mac 20, 2013

Panas!!! Rafizi Ramli desak Perdana Menteri Isu Lahad Datu

Ketua tentera Sulu rakyat Malaysi
PKR mendakwa ‘Raja Muda Sulu' Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia, malah pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat, Sabah.

NONEPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, sejak konflik melanda bulan lalu, terdapat khabar angin berkaitan identiti Azzimudie kerana penduduk Sabah mendakwa mengenalinya.

Menurutnya lagi, carian oleh Timbalan Setiausaha Agung PKR Darrel Iking di arkib negara dalam bahagian penjawat awam 1975 mendapati terdapat pembantu pegawai daerah bernama "Datu Agbimudin Kiram".

Juseru, Rafizi mendesak perdana menteri menjelaskan sama ada Azzimudie benar-benar rakyat Malaysia yang terkait dengan "Projek IC" dan sama ada beliau anggota Umno seperti kebanyakan rakyat Sulu di Sabah./MalaysiaKini



Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Panas!!! Anwar Ibrahim mungkin tak pertahan Permatang Pauh

Anwar mungkin tak pertahan Permatang Pauh

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mungkin tidak mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini ekoran beliau turut diminta bertanding di Perak atau Selangor, katanya.
Beliau bagaimanapun belum membuat keputusan muktamad setakat ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata, terdapat banyak calon yang boleh diketengahkan di kubu kuatnya itu.
Bagaimanapun, tambahnya, anak sulungnya Nurul Izzah bukanlah salah seorang daripadanya.


"Dia sibuk di Lembah Pantau, kenapa hendak kacau dia?" kata Anwar./MalaysiaKini


Berminat Menjadi "AGEN PERUBAHAN" Klik Now!! 

Najib mesti jawab pendedahan video Taib Mahmud – DSAI

KUALA LUMPUR 20 MAC: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjawab pendedahan bukti rakaman yang mendedahkan dakwaan kerakusan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merompak hak rakyat Sarawak.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil untuk Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dalam isu ini.
DSAI
“Beliau mesti beri ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.
“Kita berharap Perdana Menteri respon segera mengenai perkara ini,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS, petang semalam.

Anwar berkata, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan Taib serta keluarganya.
“Najib tak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutama berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

“Ini adalah isu yang akan membuatkan Pakatan Rakyat akan terus ketengahkan,” kata Anwar dipetik.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula dipetik membidas Najib kerana tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri 2011.

“Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau pemimpin yang gagal mengotakan janji.
“Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada Perdana Menteri termasuk bekas Perdana Menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun,” kata Kit Siang./KeadilanDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

Selasa, Mac 19, 2013

Lagi... BERITA PANAS!!! ISU DI SABAH.. KO BN.. KO UMNO

 Bekas DO dakwa Mahathir lulus 'Projek IC'

Seorang bekas pegawai daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah pada tahun 1980-an dan mendakwa mengetahui bahawa skim tersebut diluluskan oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hassnar, berkata beliau menyertai satu “mesyuarat rahsia” pada tahun 1980-an, di mana Timblan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub “secara terbuka mengakui penglibatan Mahathir”.

Sejumlah 15 orang pegawai menghadiri mesyuarat tersebut, dakwanya, termasuk “tiga orang anggota pasukan polis, termasuk wakil daripada jabatan imigresen dan jabatan pendaftaran negara”, katanya.

Hassnar, 62, berkata demikian pada malam tadi dalam satu forum mengenai pencerobohan kumpulan Suluk di Lahad Datu, Sabah.

Acara berkenaan dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau yang kini mengetuai PKR Batu Sapi berkata skim berkenaan untuk memberi kerakyatan kepada pendatang asing beragama Islam itu bermula pada awal 1980-an.

Beliau berkata, pengundi Cina pada masa itu menjadi kumpulan yang menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya di negeri berkenaan.

“Jadi, timbul perasaan bahawa kehadiran orang Islam di negeri itu mesti diperkukuhkan untuk memastikan negeri berkenaan kekal di tangan orang Islam,” katanya.

Beliau seterusnya mengimbau kembali pengalamannya pada hari pertama sebagai pegawai daerah Sandakan pada 1982 – jawatan yang disandangnya atas desakan ketua menteri Sabah masa itu, Tan Sri Harris Salleh – di mana beliau diarahkan untuk menandatangani 500 borang pendaftaran kewarganegaraan yang tidak mempunyai butiran pemohon.

“Di antara 1976 dan 1984, saya boleh kata tidak kurang dari 125,000 pendatang asing diberi kewarganegaraan di Sabah,” dakwanya./MalaysiaKini

ADMIN : SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN MEMBACA DOA DI BAWAH INI

BERITA PUKULAN MAUT KEPADA UMNO/BN.... PANAS!!!!

Bekas bos SPRM akan minta maaf pada MB

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dijangka akan memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia berkaitan dengan kenyataan Ahmad Said mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh MP tersebut berhubung penyelenggaraan kereta peribadi dan pembelian sejumlah lembu bagi Hari Raya Aidiladha pada 2009 untuk kawasan parlimen yang diwakili Abdul Khalid.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah – yang dirunding sejak aawal pagi ini – dan akan direkodkan di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan esok.

 
Khalid hari ini memberi petunjuk bahawa beliau tidak akan menuntut gantirugi, namun terma penyelesaian itu hanya akan diketahui esok.

Beliau menamakan Ahmad Said dan kerajaan Malaysia sebagai responden di dalam saman tersebut./MalaysiaKini


#Anda Bakal Jutawan Online##
 

Isnin, Mac 18, 2013

Demo dan menghasut tidak haram jika ikut syarak - Ustaz Azhar Idrus

Azhar Idrus: Demo tidak haram jika ikut syarak

Penceramah popular Azhar Idrus berpendapat, demonstrasi bukan satu perbuatan yang haram sekiranya dilakukan mengikut hukum syarak dan Islam hanya menolak demonstrasi yang mendatangkan kemudaratan.
Begitu juga hukum untuk menghasut, yang menurutnya bukan satu perkara yang salah sekiranya dibuat untuk tujuan kebaikan.

"(Demonstrasi) bersyarat, harus bukan bertujuan nak buat kacau, tidak bertujuan untuk menghancurkan sesebuah negara, bukan tujuan untuk memporak-perandakan sistem ekonomi, tidak bertujuan gugatkan keselamatan negara dan hanya untuk tujuan berarak sahaja, maka hukumnya tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan haram.

"Sebab itulah, bila ada demonstarsi biarlah dia berdemonstrasi. Ingat, yang (buat) demonstrasi tidak bebas. Kamu terikat dengan hukum syarak,” katanya ketika diajukan soalan oleh aktivis politik Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan di Kampung Baru malam tadi.

Bercakap di program yang dihadiri 3,000 orang itu, Azhar berkata, peserta demonstrasi tidak boleh menggugat keselamatan negara, merosakkan harta benda awam dan juga membuat kekacauan.

“Berdemonstrasi (hanya) untuk menarik perhatian (bahawa) jika perkara ini dibiarkan ramai lagi yang akan menerima keburukan," katanya.

Mengulas hukum mengenai hasutan pula, bekas gitaris kumpulan pop Iklim itu hasutan yang membawa ke arah kebaikan dengan niat melakukan perubahan merupakan dakwah di sisi Allah.

Beliau memberi contoh hasutan untuk menukar seorang imam yang salah rakaat ketika mengimamkan solat subuh, beliau berkata, kariah boleh menghasut orang lain supaya menukar imam tersebut dengan tujuan kebaikan.

"Menghasut memang tak baik. Menghasut asal hukumnya ialah haram kerana menghasut ke arah kerosakan.

"Tetapi mengajak orang untuk lakukan perubahan dan menghasut, itu disisi Allah adalah dakwah. Kalau mengajak pada perubahan, kita tetap tak bersalah jika perubahan itu membawa kebaikkan. Kalau mengajak perubahan yang membawa mudarat, itu salah," kata Azhar lagi.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam program tersebut ialah dua orang artis Hairie Othman dan Meor Yusuf Aziddin serta aktivis pelajar Adam Adli.

Azhar juga menyertai sesi soal jawab politik bersama naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam program tersebut.

Program itu dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa orang artis antaranya oleh Ito dari kumpulan Blues Gang serta Yassin yang turut menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Reformasi.

Selain itu pelakon dan penyajak, Pyan Habib Rahman turut membacakan sebuah sajak yang bertajuk Huru-hara manakala penyanyi rock metal popular FTG, Tajol Ismi Akhbar mengumumkan secara rasmi penyertaannya ke dalam PAS.
Progeam yang bermula kira-kira jam 9 malam itu diakhiri satu ceramah ringkas oleh timbalan presiden PAS Mohamad Sabu./MalaysiaKini

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! sOKONG KLIK

Panas!!! Dua saksi "Lahad Datu" di pentas forum malam ni

KUALA LUMPUR: Dua orang saksi hidup berhubung peristiwa berdarah di Lahad Datu akan tampil menceritakan pengalaman mereka di Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini.

Dua saksi tersebut, Siti Aminah dan Mat Swadi akan sepentas dengan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. (B) Dato' Ghafir Abd Hamid.

Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah itu akan turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, pengerusi SAMM, Che'GuBard dan wakil SAMM Sabah, Boby.

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani.

"Untuk itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang harus di bawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi.

"Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik," kata Pengarah Propaganda SAMM,
Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada pihak penganjur sila hubungi penganjur di talian 010-2675872.

Di program malam ini juga, SAMM akan melancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk “smoke operation”.

Justeru orang ramai dijemput hadir ke program yang akan bermula jam 8.45 malam ini./HarakahDaily

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive