kerusi sebagai satu "masalah kecil" dalam Pakatan Rakyat, dan menegaskan setiap parti merasakan calonnya boleh lmenang dan boleh mendapatkan lebih banyak undi.
Tetapi, katanya, inilah jenis orang yang mengadu bahawa tidak akan sokongan dari kumpulan etnik atau agama tertentu jika parti mereka tidak diperuntukkan kerusi mereka yang mahu.
Katanya, orang jenis ini berfikiran cetek dan gagal untuk melihat gambaran besar bahawa perlunya berjuang bersama-sama untuk menawan Putrajaya.
Anwar yang juga ketua umum PKR, menegaskan demikian kepada berucap kepada kira-kira 600 hadirin konvensyen Pakatan peringkat negeri di Komtar hari ini.
Katanya, seseorang itu boleh menuntut, tetapi jangan sesekali mengungut, sambil menegaskan supaya jangan dikorbankan segala-galanya, termasuk prinsip parti, semata-mata untuk satu kerusi.
Dalam ucapannya, Anwar menyentuh kes di Gelang Patah yang menyaksi perang mulut secara terbuka antara pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau dan rakan sejawatannya dari PKR, Datuk Chua Jui Meng.
"DAP, ia kata milik mereka, dan secara berseloroh Anwar berkata, beliau sedang menunggu PAS pula tampil menuntut kerusi tersebut.
Anwar berkata, mungkin wujud rasa tidak puashati di peringkat akar umbi, tetapi di peringkat kepimpinan antara beliau, penasihat DAP dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi "kami okay"./MalaysiaKini
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
tolong lah jangan gaduh-gaduh pasal hal macam ni..saya sayang PR, saya tak nak ada permusuhan dan perpecahan antara parti yg bersatu ini...
BalasPadam