KOTA KINABALU 25 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas
gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa
keamanan serantau.
Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang
ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu
menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan
Pembebasan Nasional Moro (MNLF).
“Saya
mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel
Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan
mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian
antara Filipina dengan MNLF.
“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana
itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat
menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).
“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan
peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi,
saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur
Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit
Perancangan Ekonomi).
“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika
itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata
Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan
& Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.
Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.
Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya
dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya
mengusahakan jalan perdamaian.
“Yang
masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi
mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.
Dalam pada itu, Anwar menasihatkan orang Islam dan masyarakat
Kristian tidak mengambil sikap permusuhan, kerana isu sebenar ialah
pencerobohan oleh gerombolan bersenjata.
“Kalau orang itu Kadazan, dia Kristian dan dia dianiaya, saya tak
setuju. Kalau dia orang Islam Sulug, kita tetap bela. Saya bukan lawan
dengan orang Sulug. Saya lawan dengan sesiapa yang ceroboh pakai senjata
dan ganggu gugat keamanan,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.
“Jangan fikir rakyat Sabah bodoh. Ini bukti politik kotor yang cuba
nak cari jalan dan nak tangkap saya di bawah Sosma (Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) tanpa ikat jamin,” kata Anwar. – SDQ/KeadilanDaily
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Senarai Blog...Geng
-
Kubah masjid runtuh, 12 cedera - BernamaJAKARTA: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera apabila sebahagian kubah masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh.Masjid di daerah Ujung Tanah, Maka...11 minit yang lalu
-
Kenapa PM Tidak Dibawa Masuk Kaabah Dan Tidak Bertemu Raja Salman? - Selama tiga hari, setelah hanya empat bulan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatannya ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 20...2 jam yang lalu
-
Kesian tunggu berjam jam nak dapat 200. - Mukhlis Eddie Bantuan 'one-off' RM200 kepada imam dan bilal, Kena hadir majlis, berejam dengar ucapan MB b0d0 ni... Zaman dah moden boleh transf...4 jam yang lalu
-
Lelaki Kurang Siuman Di Tahan Polis, Kes Menyerang Imam Solat Subuh Di Kuantan - KUANTAN: Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, di sini, sem...13 jam yang lalu
-
JANGAN GUNA AGAMA UNTUK POPULAR, TITAH SULTAN SELANGOR KEPADA PEMIMPIN POLITIK - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi peringatan kepada semua pemimpin politik – tanpa mengira kaum – supaya tidak menjadikan agama untu...19 jam yang lalu
-
Retak itulah keindahan gading - *Jelang 100 hari Anwar jadi PM* *Anwar melawat gempa bum d Turkiye. Foto: Bernama.*TIGA hari lagi genap100 hari *Anwar Ibrahim* jadi perdana Menteri. Se...5 minggu yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...Setahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...Setahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...Setahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*Setahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...2 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com2 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...5 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Isnin, Mac 25, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...