PETALING JAYA: Kenyataan yang dibuat oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani pencerobohan di Sabah
telah menjejaskan operasi dan kedaulatan negara, kata Pengarah strategi
PKR, Rafizi Ramli.
Beliau merujuk kepada kenyataan berasingan
yang dilaporkan di negara ini dan Filipina semalam bahawa Najib mengakui
beliau hanya mula bertindak mengambil jalan ketenteraan apabila lapan
anggota polis terbunuh.
Jelas Rafizi, kenyataan Najib itu
mengesahkan keraguan banyak pihak sebelum ini bahawa Najib mengambil
masa yang terlalu lama untuk berunding dengan pencerobohan Sulu.
PKR
berpendapat, adalah wajar seluruh operasi keselamatan di Sabah
diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dan PDRM tanpa campur tangan politik.
"Ini untuk mengelakkan
berulangnya salah pertimbangan di peringkat awal pencerobohan apabila
ketenteraan hanya dibuat apabila nyawa anggota keselamatan terkorban
setelah rundingan yang panjang tidak membuahkan hasil,"katanya dalam
sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Tambahnya, demi
menjaga keselamatan anggota tentera dan polis yang melaksanakan operasi
di Sabah, wajarlah keputusan diserahkan kepada ATM dan PDRM tanpa
terlalu terikat dengan keputusan politik.
Rafizi turut melahirkan
kebimbangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Kabinet
Filipina Rene Almendrass bahawa Najib bersetuju untuk tidak mengambil
sebarang tindakan terhadap penceroboh Sulu dengan syarat mereka hanya
perlu meninggalkan atau menyembunyikan senjata dan meninggalkan Sabah.
"Lebih
membimbangkan laporan itu turut menyebut persetujuan pentadbiran Najib
untuk membuka kembali soal tuntutan terhadap Sabah yang di bawa oleh
penceroboh Sulu.
"Kedua-dua keputusan itu, jika benar, menjejaskan kedaulatan negara," katanya.
Tegas
Rafizi, tawaran untuk penceroboh meninggalkan atau menyembunyikan
senjata tanpa dikenakan apa-apa tindakan memberi isyarat yang buruk
bahawa kerajaan Malaysia boleh bertolak ansur dengan penceroboh
sedemikian rupa.
"Ini akan menjemput lebih banyak penceroboh di
masa hadapan apabila mereka boleh menyusup masuk dan mengambil semula
senjata yang disembunyikan," katanya.
Katanya, perkembangan ini
memberi gambaran bercelarunya tindak balas dan keputusn yang dibuat oleh
Najib Tun Razak dalam menangani peristiwa pencerobohan ini.
"Sebagai
Perdana Menteri, beliau tidak ada pilihan kecuali menjawab persoalan
ini di dalam sidang parlimen mengenai pencerobohan di Sabah.
"Jika
beliau terus mengelak maka keraguan di pihak rakyat tertanya-tanya
kenapa krisis ini tidak ditangani dengan lebih tegas dan cepat akan
terus berlegar," katanya./HarakahDaily
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Senarai Blog...Geng
-
Kedah: Sering dibuli, dipulaukan penduduk punca lelaki bakar 9 rumah - Zuliaty Zulkiffliam@hmetro.com.myFISOL menunjukkan gambar tempat kejadian pada sidang media di IPK Kedah. FOTO Wan Nabil NasirAlor Setar: Kebimbangan pendu...43 minit yang lalu
-
DOKTRIN GHULUW 3. - Jamzuri Ardani Kepimpinan negara mestilah diterajui oleh golongan ulamak. Ulamak mesti memimpin, bukan dipimpin. TANWIR. Tidak ada dalil di dalam ...8 jam yang lalu
-
Ketua Polis Daerah Bentong: Dua Laluan Di Genting Highlands Masih Lagi Ditutup Dan Dikawal 24 jam - *BENTONG: *Jalan ke Amber Court dan Ion D'element, Genting Highlands yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Jumaat lalu masih ditutup kepada...3 hari yang lalu
-
ANAK PAK LAH NAFI TUDUHAN TUN MAHATHIR - Anak kepada Abdullah Ahmad Badawi menafikan memberitahu anak Dr Mahathir Mohamad bahawa gilirannya telah tiba untuk memperkayakan dirinya menggunakan ked...Seminggu yang lalu
-
Lembu sebaka tidak akan berlaga - *Sikit Lagi Tentang Isu Addendum * *Lokman Noor Adam mengenali hubungi Zahiud dengan Anwar. *PENJELASAN isu addendum oleh *Lokman Adam *adalah terbaik, ...2 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...10 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Jumaat, Mac 08, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...