Sandiwara Lahad Datu berjaya, Najib umum pembubaran Parlimen
Sehingga saat KR menulis komentar ini, Kerajaan Rakyat masih
kukuh dengan tanggapan bahawa tragedi pencerobohan askar Kesultanan
Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah perancangan yang direncanakan oleh
Najib Razak dengan kerjasama para penasihatnya, Yahudi berfahaman Zionis
bernaung di bawah APCO.
Ketika
rakyat asyik membicarakan kisah pencerobohan askar Kesultanan Sulu di
Lahad Datu dan beberapa kawasan lain di Sabah, Najib Razak dengan licik
telah menggunakan kelemahan polis dan kekuatan tentera demi 'political mileage' mereka.
Kecederaan
dan kematian anggota keselamatan negara dalam tragedi Lahad Datu telah
diolah sebegitu rupa oleh regim Umno BN untuk meraih sokongan dan
simpati rakyat, bukan hanya kepada keluarga mangsa yang terbunuh, tetapi
lebih dari; untuk keuntungan agenda politik kotor Umno BN dalam
menghadapi pilihan raya umum ke-13
Menyedari
sokongan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah dan Sarawak terhadap Umno BN
semakin terhakis, maka Najib menggunakan taktik jijik sepertimana yang
pernah dilakukan oleh pemimpin Umno terdahulu dalam tragedi berdarah 13
May 1969, tragedi Sauk dan pembunuhan umat Islam di Memali.
Hancurkan Umno BN, insyaAllah rakyat Malaysia lebih aman dan makmur.
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...