Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 23, 2013

Menteri sepatutnya letak jawatan - Datuk Husam Musa


MACHANG: Kalau di negara lain, pemimpin yang bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara sudah lama meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab apabila gagal menangani konflik sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.

Namun di Malaysia pemimpin terbabit masih selamat dan tetap utuh dengan kedudukan serta kuasa dimiliki mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, menteri yang terbabit dalam aspek keselamatan dalam isu di Lahad Datu sepatutnya mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang.

“Sepatutnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu dengan meletak jawatan.

“Tetapi bila masanya Perdana Menteri mahu sepupunya itu meletak jawatan. Hishamuddin tentunya akan mengadu kepada emaknya yang juga emak saudara kepada Datuk Seri Najib,” katanya pada ceramah di tapak eskpo di sini malam tadi.

Ceramah sempena pelancaran Kekal (K) dihadiri ribuan penduduk tempatan. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi.

Gimik pelancaran K dilakukan Husam dengan memotong tali belon, kemudian gugusan belon meluncur ke udara bersama sepanduk bertulis K. Wakil-wakil pemuda dari setiap kawasan juga menerima panji K daripada Husam.

Orang ramai yang hadir juga melafazkan ikrar beramai-ramai yang diketuai Ketua Pemuda Machang, Hatman Abdullah.

Husam bagaimanapun berkata, apa yang berlaku di Sabah pemimpin terbabit disifatkan tidak mahu mengambil tanggungjawab bagi mengembalikan maruah negara yang tercemar akibat isu Lahad Datu.

Pada ceramah itu beliau turut mendedahkan pemimpin-pemimpin Umno diberi lot saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) sehingga 400 lot seorang.

Beliau mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi saham FGVH sebanyak 400 lot kepada setiap ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan.

“Sedangkan saham tersebut diperuntukan kerajaan untuk peneroka yang miskin. Peneroka pula terpaksa membuat pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH, sedangkan pemimpin Umno diberi percuma.

“Inilah yang menyebabkan kroni pemimpin Umno mendapat keuntungan mudah dalam sekelip mata apabila menjual saham tersebut,” katanya.

Malah katanya, pemimpin Umno juga mendapat banyak keistimewaan termasuk memiliki Permit Import (AP) bagi mengimport kereta dan AP mengeksport kelapa sawit.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Perdana Menteri tidak sedar dosa-dosa kerajaan pusat terhadap Kelantan sejak 23 tahun lalu, apabila datang ke sini minggu lepas menyebut pula tujuh dosa besar PAS.

Katanya, perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas bagi mendapat hak ke atas royalti dinafikan kerajaan pusat sehingga sekarang.

“Saya telah melihat sendiri dokumen perjanjian  yang ditandatangani kerajaan Sarawak juga sama dengan apa yang ditandatangani kerajaan Kelantan. Tidak timbul sama sekali soal tiga batu nautika,” ujarnya.

Sementara itu Abdul Latiff berkata, pelancaran kempen K akan diadakan di seluruh Kelantan bagi mengajak rakyat mempertahankan kerajaan di bawah kepemimpinan ulama./HarakahDaily

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! sOKONG KLIK
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...