(Anwar di majlis ceramah malam tadi - foto Malaysiakini)
PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap dua media Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berikutan laporan yang mendakwa beliau terlibat dengan kes Lahad Datu.
Anwar dalam kenyataannya selepas memberikan ceramah dekat sini berkata, beliau tidak ada kaitan dengan kesultanan Sulu sebagaimana yang didakwa.
"Apa yang pentingnya, adakah saya terlibat memberikan arahan agar berlaku kebangkitan di sana atau pencerobohan kepada sempadan kita," kata Anwar sebagaimana dilaporkan wartawan Malaysiakini.
Menurut Anwar, apa yang beliau pernah nyatakan dalam kes ini adalah mempersoalkan kenapa sempadan negara begitu mudah dicerobohi dan mengapa masa yang terlalu lama diambil kerana soal keselamatan tidak boleh dikompromi.
Utusan dalam laporannya memetik kononnya pemimpin politik pembangkang di Malaysia memberikan jaminan untuk memberikan kuasa otonomi kepada Sabah jika menang dalam pilihan raya nanti.
TV3 pula malam tadi memberikan 30 minit masa untuk melaporkan kes Lahad Datu dan 5 minit melaporkan dakwaan Anwar terlibat dalam pencerobohan itu.
TV3 juga mengecam kenyataan Tian Chua kononnya pencerobohan itu adalah sandiwara Umno menjelang pilihan raya./HarakahDaily
VIDEO PANAS!!!!! DSAI
Harap terus menulis blog w/pun selepas.PRU 13..
BalasPadamyang mana patut saman jangan bagi can saman tak serik serik nak buat fitnah yang melampau
BalasPadamrakyat dah pun dah naik muak dangan puak omno ni
Media kawalan UMNO mengambil kesempatan memfitnah Anuar utk meraih sokongan rakyat. Segala kejahatan mesti tuduh Anuar sebagai dalang. Sempadan diceroboh sehingga tidak terkawal ada kaitan dgn projek IC biru Mahathir kpd PATI dari Philipina, supaya undi BN, demi menjamin kemenangan BN. Mahathir pengkhianat bangsa dan negara, menjadi punca sempadan tak terkawal.Jika pemimpin tegas dan tiada rasuah seperti Spura, pendatang haram tidak berani ceroboh perairan, apatah lagi nak mendarat.Beberapa minit saja kepungan dibuat dari udara,laut, darat.
BalasPadamRakyat sekarang perlukan banyak pilihan. Macam macam penyelewengan yang kita dengar dari pihak pembangkang dan kerajaan.SUDAH TIBA MASA ANGKATAN GENERASI MUDA MALAYSIA MASA KINI MENUBUHKAN PARTI YANG MEWAKILI KEHENDAK SEBENAR,JIWA,HASRAT DAN KEADILAN YANG SETARA .Majoriti pengundi Malaysia kini terdiri drpd generasi muda.
BalasPadamcukuplah dengan sandiwara politik-politik ni semua. tak habis2 menyalahkan antara satu sama lain. rakyat yang sengsara tahu tak. kerajaan dan pembangkang perlu bersatu untuk menangani isu lahad datu. jangan sampai terhantuk baru tengadah!
BalasPadam