Chegu Bard tuntut gantirugi RM5 juta dari Utusan
Ketua Penyelarasnya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul 
Hisham Shaharin telah bertindak menuntut gantirugi berbentuk pampasan 
dari Utusan Malaysia hari ini dengan jumlah RM5 juta di atas fitnah yang
 telah dilemparkan.
Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali & 
Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang tadi. Notis 
tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang.
Ketika notis ini dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara
 Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan 
hanya berlegar di luar. Setelah beberapa kali berbincang dengan 
pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada 
Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima.
Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana 
bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk “Medan Perah Duit Rakyat”. Rencana 
tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di 
alamat berikut;
http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/ medan-perah-duit-rakyat 
Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut;
“Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000.”
Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, 
merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat
 kepada Chegubard dan juga SAMM.
Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut;
1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja.
2. Permohonan maaf tanpa ‘reservation’ daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut
3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM.
4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut.
Notis juga menyebut dua penama iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai
 penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana 
sebagai penama kedua./KeadilanDaily
Azrizal Tahir
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...