Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 08, 2013

Panas!@!! Penganas Di lahad Datu Mengamuk di Melaka..

Bas Merdeka Rakyat dibaling batu, Anwar kena serpihan kaca

BUKIT KATIL 8 MAC: Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil di sini, malam tadi.
y5
Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.
“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.
y1
Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.
Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.
“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.
y3
Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.
Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.
crowd
Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.
Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini./KeadilanDaily

Untuk tonton rakaman keganasan samseng Umno BN, KLIK INI.

Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’
    

2 ulasan:

  1. Pengawal-pengawal DSAI, bawa topi keledar, dan cermin mata yg tak lut kena balingan batu,sprt cermin mata yg dipakai semasa mesin rumput, dan pakai jaring tutup muka sprt pemain ragbi.Sediakan perisai atau penangkis.Jangan kawal tanpa persediaan. Sekiranya berlaku keadaan tak terkawal dan bahaya pakai alat2 itu. Satu hal lagi, kalau ada khemah UMNO disitu, bas jelajah ni beralih jauh dari tpt mereka. Inilah kelebihan pentas bergerak. Biarkan mereka disitu. Dengan berbuat begini ,dapat mengelakkan pertembungan, dan gangguan ceramah.

    BalasPadam
  2. Lagi satu cadangan, gunakan siaraya, sekiranya beralih tempat. Siaraya menggunakan pembesar suara, di atas kenderaan boleh buat hebahan ke kampung-kampung, flat, taman perumahan , tempat yg ada ramai org ,utk memberitahu tarikh,tempat,waktu,siapa penceramah2, apakah isu2 yg nak disampaikan.Kain rentang yg dipasang ditpt2 tertentu bukannya semua org tahu, melainkan yg lalu disitu saja yg dapat tahu. cara ini ,dapat menarik lebih ramai kehadiran, kerana seluruh pelusuk kpg tahu ada ceramah. Kain rentang pasang juga mcm biasa.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...