Jumaat, Mei 04, 2012

Tunggu!!!! Pengumuman penting Anwar Ibrahim

 
Pengumuman penting Anwar dalam 'Merdeka Rakyat' 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting dalam siri jelajah 'Merdeka Rakyat: Pasca Bersih 3.0' akan bermula 7 Mei ini.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, pengumuman itu antara lain berkaitan dengan kedudukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang sebelum ini mengaku sebagai ahli Umno.

Pengumuman itu dijangkan dibuat pada malam pelanjaran program jelajah itu di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak 7 Mei ini.

Selain itu, program jelajah itu juga antara lain akan memberi gambaran sebenar kepada rakyat berhubung perhimpunan bersejarah Bersih 3.0 yang dilapor berat sebelah oleh media arus perdana.

"PKR akan terus membawa berita gembira dari Bersih 3.0 ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat.

"PKR juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa," kata Rafizi.

Selain itu Anwar juga dijangka membongkarkan perkembangan terkini perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
    
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!  
    DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng