Khamis, Mei 24, 2012

Semalam Amerika, Hari Ini Ahli Parlimen Jerman..

Ahli Parlimen Jerman bimbang penyingkiran Anwar oleh kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Mei: Ahli Parlimen Jerman, Dr Thomas Gambke berkata, cubaan terbaru Kerajaan Malaysia untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan mentaliti mereka yang tidak demokratik malah menakutkan.

“Berita yang sangat membimbangkan datang dari Malaysia. Anwar dan beberapa lagi didakwa melanggar Akta Perhimpunan Awam, iaitu akta baru yang menyekat hak untuk berhimpun.
“Saya bimbang ini akan menjejaskan tugas Anwar selaku Ketua Pembangkang, dan kebimbangan saya ini berasas,” katanya dalam satu kenyataan yang diemel kepada Biro Komunikasi KEADILAN.

Demikian reaksi beliau sejurus selepas Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN, bersama Timbalannya, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin didakwa melanggar Akta Perhimpunan Awam 2012.

Kebimbangan itu menurut Gambke berikutan Pembangkang Malaysia dinafikan akses kepada media, terutamanya televisyen.
“Justeru, penampilan awam adalah satu-satunya cara mereka untuk memberi makluman kepada rakyat tentang dasar perjuangan mereka,” jelasnya lagi.

Gambke yang merupakan Ketua Asean Parliamentary Group berkata, sokongan terhadap Anwar ini adalah sebahagian dari kerjasama istimewa di bawah program ‘Parliamentarians Protect Parliamentarians’.
Sebelum ini, sekumpulan Ahli Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkannya.

Kumpulan itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata, perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.
Dalam lawatannya ke Malaysia pada awal 2011 semasa kes Fitnah II itu masih berjalan, Gambke memberitahu, keraguan mereka telah terbukti bahawa perbicaraan itu merupakan proses menyingkir seteru politik.

Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.

Bagaimanapun, selang beberapa bulan selepas dibebaskan oleh mahkamah, Anwar kini berhadapan satu lagi kempen politik oleh kerajaan Umno BN bermotif politik./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng