Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mei 11, 2012

Panas!!! Pengerusi SPR masih ahli Umno - PKR

Pengerusi SPR masih ahli Umno, tegas PKR

PKR hari ini menyangkal penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa keahlian Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah luput kerana tidak membayar yuran tahunan.

NONESetiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan
pengalamannya yang pernah menjadi setiausaha agung Pemuda Umno, orang yang mendaftar menjadi ahli Umno perlu membuat dua bayaran - yuran keahlian yang perlu dibayar sekali sahaja dan yuran tahunan untuk membolehkannya menghadiri mesyuarat agung Umno.

Oleh itu, hujahnya, walaupun Abdul Aziz tidak membayar yuran tahunan, ia tidak membatalkan keahliannya dalam Umno, cuma beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan.

Saifuddin menjelaskan bahawa seseorang ahli hanya tidak lagi dianggap menjadi ahli Umno jika dia dipecat atau dia meminta digugur daripada keahlian parti.

Dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam Nazri berkata keahlian Abdul Aziz telah luput kerana beliau gagal membayar yuran tahunan sejak beberapa tahun./MalaysiaKini
#Anda Bakal Jutawan Online##
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...