Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 23, 2012

Amerika Syarikat Desak!!!! Kerajaan Malaysia Isu Dakwaan Terbaru Keatas DSAI


Amerika desak 'proses wajar' kes Anwar
Amerika Syarikat mendesak Malaysia memastikan "proses sewajarnya" selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa atas kesalahan jenayah ekoran penyertaannya dalam perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya.

NONE"Kami menggalakkan pihak berkuasa Malaysia memastikan proses yang sewajarnya dilindungi dan sebarang perbicaraan hendaklah dijalankan dalam keadaan adil dan telus," kata Jurucakap Jabatan Negara Victoria Nuland pada Selasa.

"Dan kami akan terus memantau kes itu," tambahnya.

Anwar dan dua lagi didakwa di mahkamah semalam atas dakwaan melanggar undang-undang kontroversi baru berhubung perhimpunan awam dan arahan mahkamah yang melarang perhimpunan 28 April daripada mengambil tempat di pusat bandar Kuala Lumpur.

Dakwaan itu dibuat empat bulan selepas beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat dalam perbicaraan yang mengambil tempoh lama dan didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghapuskan ancaman politik terhadapnya.

- AFP/MalaysiaKini


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...