Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 04, 2011

Rakyat Sudah Tidak Percaya Polis Lagi..!!!

Persepsi terhadap polis merosot selepas 9 Julai

Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) menjangka perhimpunan 9 Julai lalu akan memberi kesan negatif orang awam terhadap pasukan polis.

NONEPengarah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) bagi pengurangan
jenayah, Eugene Teh Yee berkata, ia akan menterbalikkan peningkatan dalam persepsi tersebut sejak tahun 2009.

"Ya, (tahap persepsi orang ramai terhadap polis) akan terjejas, tetapi mudah-mudahan kita boleh memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Program Transformasi Kerajaan di Petaling Jaya hari ini.Antara sebab-sebab yang mungkin menjadi punca kemerosotan rating terhadap polis, katanya, ialah kecepatan perkongsian maklumat awam mengenai tindakan keras pihak polis pada hari berkenaan.

NONEBeliau berkata, gambar dan video diedarkan dengan serta-merta, tetapi
polis mengambil masa beberapa hari untuk mengemukakan penjelasan mereka.

Cerita para saksi pula disiarkan di internet mengenai dakwaan keganasan pihak polis ketika kira-kira 15,000 orang memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur, bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Kajiselidik yang dijalankan oleh PEMANDU pada bulan Mei menunjukkan 55 peratus daripada 2,000 responden puas hati dengan perkhidmatan polis - meningkat daripada 35,8 peratus pada bulan Disember 2009.MalaysiaKini

Iklan Penaja
 


Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...