Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 17, 2017

PH Perak lapor polis isu pengundi hantu

PH Perak lapor polis isu pengundi hantu


Pakatan Harapan (PH) Perak membuat laporan polis berhubung isu wujudnya pengundi meragukan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri itu.
Pengarah Pilihan Raya PH Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa satu siasatan terperinci dilakukan berkaitan maklumat daftar pemilih melibatkan lebih 165,000 orang yang disifatkan sebagai pengundi hantu.
Menurutnya, kesalahan memalsukan maklumat dalam daftar pemilih boleh dikategorikan sebagai jenayah berat di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana bakal memberi kesan terhadap sistem demokrasi memilih kerajaan.
“Kewujudan bilangan yang besar ini melibatkan pengundi tanpa alamat, alamat tidak lengkap malah alamat diberikan tidak pernah wujud, namun mereka masih punya pusat dan daerah mengundi. Kami juga dapati ramai nama pengundi yang mengikut rekod berusia lebih 100 tahun.
“Jadi kita minta polis dapat jalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya, bukan sahaja kepada pemilik nama, malah pihak yang menjadi dalang di sebalik isu ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perak mengakui agak kecewa dengan respon diberikan pimpinan BN yang lebih banyak menafikan perkara itu dan menuduh pembangkang membuat andaian.
“Ini bukan sekadar dakwaan kosong, tapi kita ada bersama bukti, mereka juga boleh lihat sendiri apabila lebih 56,000 muka surat dalam sistem daftar pemilih memaparkan maklumat tidak munasabah.
“Sebelum ini, mereka memberi penerangan seolah kita tidak faham pengundi hantu…itulah sebenarnya pengundi hantu,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Menteri Besar Perak mencabar pembangkang membawa kotak-kotak didakwa sebagai bukti mengandungi maklumat pengundi hantu kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
Ia berikutan kesediaan pembangkang untuk mendedahkan wujudnya komplot BN dalam daftar pemilih bagi memenangi parti itu pada PRU14.
mdl
Picture

4 ulasan:

  1. Tanpa pengundi hantu pun PH akan kalah.

    BalasPadam
  2. Bawa senarai pengundi hantu kepada KDYM Seri Paduka Baginda YDA. Ini baru betul setelah repot polis dibuat.

    BalasPadam
  3. Ini semua adalah kerja Madey sewaktu beliau jadi pemerintah, sekarang apa yang Madey boleh lakukan? Hanya mampu melihat kerosakan yang telah beliau sendiri lakukan satu ketika dahulu.

    BalasPadam
  4. Statistik jumlah pengundi di Pekan 1995-2013:

    PRU-9 1995:
    • Peratusan keluar mengundi = 71.6% dgn jumlah kertas undi yang dikeluarkan = 24,565.
    • Najib menang dgn majoriti 10,793 undi.

    PRU-10 1999:
    • Peratusan keluar mengundi = 74.8% dgn jumlah kertas undi yang dikeluarkan = 26,797.
    • Najib menang tipis dgn majoriti 241 undi shj.

    Jeng, jeng, jeng....

    PRU-11 2004:
    • Peratusan keluar mengundi = 77.9% dgn jumlah kertas undi yang dikeluarkan = 41,046.
    • Najib menang dgn majoriti 22,922 undi.

    PRU-12 2008:
    • Jumlah pengundi berdaftar Pekan = 58,217.
    • Peratusan keluar mengundi = 82.2% dgn jumlah kertas undi yang dikeluarkan = 47,870.
    • Najib menang dgn majoriti 26,464 undi.

    PRU-13 2013:
    • Jumlah pengundi Pekan = 80,260 undi.
    • Najib menang tewaskan calon PKR, Fariz Musa dengan majoriti 35,613 undi.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...