Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 21, 2017

AMANAH bawa agenda perubahan, kewujudan Pakatan Harapan

AMANAH  bawa agenda perubahan, kewujudan Pakatan Harapan
Parti AMANAH Negara (AMANAH) yang ditubuhkan dua tahun dilihat membawa agenda perubahan kepada pembangkang kerana membuka pendekatan dan konsep baru dalam pentas politik tanah air sehingga membawa kewujudan Pakatan Harapan.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan pimpinan utama berkata, walaupun AMANAH ditubuhkan setelah
anggota dan pimpinannya keluar Pas, amat menepati dengan konsep ‘rahmatan lilla alamin’ yang dibawa oleh AMANAH di bawah pimpinan Presiden Mohamad Sabu.
“Kita bersama rakan AMANAH Negara membuka ruang kepada tercetusnya Pakatan Harapan, nama Pakatan Harapan adalah hasil pengorbanan yang dilakukan sahabat kita dari AMANAH.
“Sudah jelas AMANAH merupakan sahabat setia, menjunjung prinsip dan setia ini, ia mesti diraikan dan dihormati serta dijaga oleh parti dalam gabungan.
“Meskipun bertukar ‘jersi’ (Mohamad) tetapi seni politiknya dikagumi, presiden AMANAH lincah walaupun usianya menjangkau enam siri.Gerakan politiknya dihormati lawan dan kawan.
“Pelbagai pengalaman dan cubaan dihadapi beliau,yang pernah ditahan ISA, mahir berdemontrasi, turun naik mahkamah.
“Namun beliau terus kental dan terus setia meneruskan agenda perubahan demi negara tercinta konsep ‘rahmatan lilla alamin’
membuka pendekatan konsep baru di Malaysia,” ujarnya yang turut mengucapkan taniah kerana Mohamad yang menang kes di mahkamah berkaitan fitnah pejuang dan keluar anggota polis Bukit Kepong.
Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan berkata, AMANAH juga meletakkan tanda aras baru apabila motto ‘amanah, progresif, peduli’ itu berjaya mengubah pemikiran dan tanggapan segelintir masyarakat Islam dan bukan Islam.
“Kita juga bukan golongan yang suka lakukan kezaliman dan sedia menjunjung amanah yang kita junjung.
“Dengan menegakkan keadilan kita mengajak rakyat bersama lakukan perubahan demi kemakmuran dan kesejahteraan pimpin dengan
amanah, tadbir urus baik, menghapuskan rasuah, bendung ketirisan dan hapuskan kleptokrasi di bumi Malaysia
“Seperti apa yang kita ikrarkan di Padang Timur pada 14 oktober lalu, kita akan hapuskan rasuah demi negara tercinta dan menjadikan Malaysia antara 10 negara terbersih pada 2030,”ujarnya yang mengingatkan 898 perwakilan yang hadir dalam konvensyen ini, kepada Ikrar Pakatan Harapan yang diucapkan di Padang Timur dalam Himpunan anti kleptorasi pada Sabtu lalu.

Sebahagian daripada 898 perwakilan seluruh negeri yang hadri dalam Konvensyen Amanah 2017 hari ini.
Justeru katanya dengan Konvensyen Nasional AMANAH ke 2 yang berlansung di Hotel Royale Signature Alor Setar hari ini, membuka ruang kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut bertekad meneruskan perjuangan dengan Pakatan Harapan.
Pakatan Harapa ujarnya lagim adalah gabungan politik yang membawa bawa agenda reformasi jelas dengan gabungan ahli pelbagai peringkat usia, lebih dinamik yang turut merangkumi semua kaum dan agama di negara ini
Katanya, Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang adalah medan semua parti politik berentap.
“Inilah masa rakyat lakukan perubahan tumbangkan BN…sinaran Malaysia baharu akan dibina di bawah Pakatan Harapan jika berjaya merampas Putrajaya.
“Kita dalam Pakatan Harapan akan pastikan mereka dan koncu-koncu mereka akan dibawa ke muka pengadilan jika Pakatan Harapan menang,” ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh dikalangan perwakilan yang hadir dalam Konvensyen dua hari diadakan di Hotel Royale Signature di Alor Setar hari ini.
mdl
Picture
      

21 ulasan:

  1. Fahami betul2 dulu apa itu Rahmatanlilalamin, takkan pesta arak dan gay dikategorikan dengan Rahmatanlilalamin, rosak akidah PANdir dan PKR ni, tobatlah sementara ada waktu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah yg dikatakan oleh kak jijah konsep baru di malaysia rahmatalliaalamiin versi pan iaitu termasuk membantah DALAM HATI pesta arak dan membela pasangan gay utk bekerja demi memberi nafkah kpd “isteri” yg “dikahwininya”.. eeee geli tekak aku...

      Padam
  2. Kalau bodoh...bukan walaun namanya. Pesta arak tu adalah anjuran MCA... MCA pun dah mengaku. Apa kena mengena dengan pakatan harapan? Bodoh tak bertempat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan disokong oleh PANdir dan PKR kerana nak jaga hati sikafir, tiada bantahan dengan konsep Rahmatanlilalamin.

      Hebat akidah PANdir dan PKR.

      Padam
  3. Ye ke PAN dgn PKR sokong? Bg bukti sikit bang, kalau takada sah le ko ni kaki fitnah. Kalau setakat mereka menyatakan hak org kafir utk minum arak dgn bersyarat tapi itu ko anggap satu sokongan. Pegi le belajo hukum lg. Susah kalau org bodoh rasa dia dah pandai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu salah satu cara PANdir dan PKR memberi tanda sokongan, Azmin kata pesta arak diluluskan, tak bunyi pulak tanda bantahan, sebagai contoh undian dibuat oleh pbt, PAS menolak manakala PKR dan DAPigs menyokong, itu bukan jelas ke tanda sokongan, samdul ni tahu ke tak tahu?

      Padam
  4. Akak wanroslina, pegi le ke blog pakkaramu, diorg cabar akak berhujah setiap isu satu persatu. Saya sokong akak kalau hujah akak logik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau hujah dari pengikut Haprak umpama berhujah dengan orang jahil.

      Padam
  5. ..bila kita anggap kita saja yg betul,inilah yg jadi pada iblis...kini ia jadi ikutan pasti tok lebai,apa yg dewa mereka ucap,itu merupakan firman...inilah fanatik buta tuli,sama macam yahudi dan nasrani,sesat kerana ikut tok alim mereka...solat setiap hari ,tapi tak tahu nak pilih yg betul dan yg salah....pak turut pada tok lebai yg gila nak jadi ketua...orang lain semua tak betul....kesiaaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jelaskan secara terpeinci maksud sedara?

      Apa yang jadi pada Iblis? Apabila tidak sehaluan dengan kamu terus jadi Iblis?

      Fanatik? Cuba contohkan fanatik kat mana?

      Yang betul tu apa? Yang salah tu apa?


      Padam
    2. Iblis berpesta dgn bersama2 menyambut pesta arak lah bro..

      Padam
  6. ..mana ayat,hadis yg dulu selalu baca dalam ceramah,semua ghaib,kesian pengikut baru parti tok lebai,tanya orang lama bekas parti tok lebai,lihat balik ceramah yg dulu...baru kita tahu apa yg terjadi dulu dan kini,kerana itulah Amanah ditubuhkan...harapkan tok lebai,banyak putar ayat,maklumlah pengikut,jika sebut hadis,ayat al quran,semua takut,percaya selalu...beri wala selalu...bila kita jahil senang kita kena tipu....orang muda cepat nak masuk syurga...maklumlah kunci ada pasa boss mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua tahu tertubuhnya PANdir atas dasar kecewa kerana hilang jawatan.

      Padam
    2. Ceramah yg terbaru aku dgr dihadiri oleh 200,000 lebih orang... ceramah org lama bekas parti tok lebai cuma 8,000 orang.. jadi baru kini kita tahu apa yg terjadi.. iaitu org parti lama tak ikut pun org lama bekas parti tok lebai..

      Jadi kesimpulannya, pan ditubuhkan matlamatnya hanya nak jadi barua DaP aje.. betulkan? Bila jadi barua maka itu menunjukkan mereka terdiri drpd puak2 jahil yg menyangka bhw org lain pun tergamak jd macam mereka barua DaP...

      Padam
    3. Setuju dengan Tuan.

      Padam
  7. Cuba jd jantan kat sini ye wanrosli dgn main angka je? Pegi le blog pakkaramu, ramai menunggu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila rujuk blog pakkaramu tu sekarang.. aku dgn bangganya dan dgn beraninya hendak berhujah mewakili wanrosli dan aku sdg menunggu mohd nasir sahut cabaran aku..

      Ko rasa mohd nasir tu ada telor tak?

      Padam
    2. Sebab Anonymous2 yg mewakili pan confirmed tak da telor keh keh..

      Padam
  8. Wanrosli mewakili wanrosli pulak dah. Jenis bodo tak boleh diajar. Pandai langsung tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kamu Tanpa Nama pandai silalah bg nama samaran pun tak pe jadi bolehlah kita berhujah..

      Ke kamu pun takde telor jugak lah tu..

      Padam
    2. Aku dah agak memang tak berani punya dgn aku ni..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...