Iklan Penaja 1

Picture

Ahad, Oktober 29, 2017

Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang

Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang
Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyediakan pelbagai habuan dan gula-gula pilihan raya untuk memancing sokongan pengundi, ia tidak sedikit pun menggugat sokongan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri Kedah.
Malah sokongan yang begitu memberangsangkan terbukti apabila 90 peratus daripada 6,700 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pendang, terdiri daripada mereka yang telah keluar Umno.
Penyertaan yang begitu ramai ini memberi satu tamparan hebat kepada Umno dan BN di Pendang yang sering mendabik dada bahawa mereka masih diterima oleh ahli Umno di kawasan parlimen tersebut.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Armada Bahagian Pendang, Mohd Fauzi Ismail.
Menurut beliau lagi, daripada jumlah tersebut 60 peratus adalah mereka yang berada di bawah usia 50 tahun serta merupakan golongan muda.
Manakala 40 peratus lagi adalah mereka yang tergolong dalam usia lebih 50 tahun.
“Sokongan sehingga mencecah lebih 6,000 ahli ini adalah bukti bahawa Umno semakin tempang di Pendang.
“Mereka sudah tidak mampu untuk menyekat ramai ahli Umno untuk meninggalkan parti lama tersebut.
“Sekali gus ini memberi kekuatan kepada PH untuk menerobos kubu Umno dan merampas kerusi tersebut dalam pilihan raya umum akan datang,” jelasnya lagi.
Manakala itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Abdullah Suady Ramadhan yang turut hadir dalam program ziarah tokoh tempatan serta pembentukan jawatankuasa jentera pilihan raya PDM Pulai kelmarin berkata, kerjasama erat antara AMANAH dan Bersatu dalam membawa semangat PH begitu utuh.
“Semangat PH yang ditunjukkan di Pendang pada kali ini memberi isyarat jelas kepada rakyat akan kemampuan PH untuk mengambil alih kepimpinan Negeri Kedah dan juga Putrajaya.
“PH bertekad untuk menyelamatkan rakyat daripada gula-gula politik Umno dan BN yang senantiasa memperdayakan rakyat.
“Sedangkan krisis ekonomi dan kos sara hidup terus meningkat sehingga menyebabkan rakyat sengsara dan derita dalam diam,” ujarnya lagi.
Abdullah Suady berucap dalam program ramah mesra dengan penduduk bersama pimpinan PH Pendang kelmarin.
Tegasnya lagi, penduduk tempat khususnya di Pendang amat kecewa dengan janji-janji Umno dan BN khususnya mengenai pembinaan Hospital Pendang yang telah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu.
“Bukan sahaja papan tanda telah usang, sebaliknya bisik-bisik mengenai projek RM220 juta tersebut terus menyepi dan senyap begitu sahaja.
“Janji ini telah ditaburkan sejak 15 tahun lalu, namun sehingga kini masih lagi menjadi igauan penduduk Pendang yang tidak kesampaian.
“Oleh kerana itu rakyat Pendang harus melihat kembali sokongan mereka kepada BN kali ini agar tidak menjadi mangsa untuk kali keempat dalam mengharapkan sebuah hospital yang dijanjikan tetapi tidak terlaksana oleh kerajaan sedia ada,” tambahnya lagi.
mdl
Picture

24 ulasan:

  1. Selepas puas dan letih mereka menggosok gigi buaya, kini mereka meletihkan diri mereka pula untuk mencari kepuasan dengan menggosokkan gigi harimau hanya untuk sesuap dedak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka adalah lebih mulia,dari saorng digelar ularmak.
      1981..bUAT AMANAT UMNO KAFIR,JIHAT MENENTANG MEREKA ,mati,mati syahid.(Nak buat hudud)

      Nak buat ru355
      2015---Berkawan/bersedondon dgn umno sebab mereka benar kan buat ru355.Tapi tangguh.

      Masaalahnya walaun ni!!mereka terlalu taksub pada pimpinan ulamak mereka ayat"amal maaruf nahi mungkar" sekajap okay/sekejap tidak.
      HUDUD ni sekejap okay/sekejap tidak.TGNA Prinsipnya tak digadaikan walaupun di OFFER RU355,semasa dia sorang2 di parlimen mewakili kubang krian dulu,umno dah offer ru355 mengantikan hudud tapi tgna rejek.walaupun pelbagai dedak di offer.Tak macam sekarang musyidul am ada porshee,bini kedua ada audiq7.Bini kedua president dibelikan rumah.Dahlah tu sakit berubat diluar negara di negara yahudi,dan sorang lagi yg selalu kutuk erdogan berubat di negara itu.

      sejak hadi ambil-alih pas ni semuanya bercelaru.Nak memerintah tapi TAADA budegt.sekejap jadi king maker,sekejap tak nak menang.
      yang mana satu??/

      Padam
    2. Kat mana yang dikatakan mulia tu?

      Amanat tu untuk mereka yang faham je, kalau tak faham diam, itu yang terbaik

      Kami tidak taksub selagi PAS bernaung dibawah Islam

      Kami lebih faham perjuangan ATGNA dari kalian, usah digunakan lagi nama Tuan Guru kami untuk kepentingan peribadi kalian

      Kami amat bersyukur kepada Allah swt, semenjak TGHA menerajui PAS, kami terselamat dari menjadi barua kepada kafir dan beberapa muslim yang hanyut dengan duniawi

      Terimakasih TGHA







      Padam
  2. 3-5% pengundi PAS telah berpindah kepada Amanah, 10-15% pengundi Umno telah berpindah kepada Bersatu. Kalau lagi besar % perpindahan Umno kepada Bersatu, siapakah agaknya yang lebih untung sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru dalam PRU 14 nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu pilihan kita iaitu Gagasan Sejahtera

      Padam
    2. Alhamdulillah.. itulah yg terbaek..

      Padam
    3. nak pilih pas!!heheheheheh kihihkih...parti siok sendiri.

      pada 1986,pas bertandig 97 kerusi parlimen. menang 1 kerusi jerr,itupn,menang TGNA,Hadi di marang kiok...Sebab apa issue "amanat hadi"

      sekarang hadi jadi boss,nak rci "amanat hadi",ada hati nak bertanding seratus...hehehehMmat german kamu menang di temerloh,ustaz derih kamu bertanding di bukit gantang tu sape tolong kamu hampir 80% pengundi cina kapir undi kamu,duit elau cina kapir yg kamu melantak bulan2 tu apa hukumnya?

      Geng2ni pantang ada kuasa sikit tunjuk,depa tu kuat,padahal orng2 kafir yg mereka kutuk siang-malam itulah sokong mereka.

      Padam
    4. P.I.G.S Pas Ikatan Gagasan Sejahtera.

      Nak memerintah konon,budgetpun tAADA..nak pakai budget ape?
      pakai budget Tin Milo.

      Padam
    5. Adakah mereka yang dianggarkan 250k yang menghadiri Fastaqim 2.0 syok sendiri?

      Cerita lama dijadikan ikhtibar untuk terus istiqamah membawa perjuangan roh Islam walaupun terdapat ramai musuh yang membenci

      Amanat hanya untuk mereka yang faham sahaja, bukan untuk mereka yang keliru

      Alhamdulillah, TGHA berjaya membawa PAS tanpa mencacat celakan walau sedikitpun dasar Islam yang dibawa oleh PAS dan kami amat bersyukur kerana tidak tergolong bersama golongan yang membaruakan diri dan tunduk kepada kafir

      Kami tidak mengharapkan undi kafir yang menentang Islam

      Inshaa-Allah apabila PAS berkuasa kita semua akan melihat bagaimana Islam memimpin dan memerintah

      Inshaa-Allah






      Padam
    6. Budget yang akan mengikut kehendak syariat Islam

      Sabar yer

      Padam
  3. Ooo wan rosli membodo kat sini rupanya keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedua org tua kau ajar jadi pengecut ke? Tanya jer.. cer baca kat bawah tu..

      Padam
  4. Pemimpin2 PAS ni,Bila dia cakap,lain yg dia buat.

    contohnya..ulamak pas selau mengaitkan jangan ikut yahudi/bersama dgn mereka,begitu juga pada puak Liberal,lgbt,puak sekular.

    MEREKA TAHU qADA' an Qadar..setakat pengetahuan sahajalah.Tapi bila mereka sakit mereka pergi berubat dengan orang yahudi dan puak sekular.

    Tenguk Dr.Mahathi yg dianggap pas macam2 liberalah kafirlah,macam2 lagi.mahathir tak pakai serban,dan tak banyak cakap agama

    kita tenguk perbuatan mahathir masa dia sakit jantung 2 kali.

    Ada dia pergi berubat dinegara yahudi?atau dinegara sekular?TIDAK
    dia berubat di IJN...walaupun ramai yg nak bantunya berubat dgn pakar2 yahudi/sekular.

    iNI bermakna mahathir lebih mengamalkan ayat2 "QADA' dan Qadar" itu sendiri.

    Ajal di mana2,tak semestinya yahudi tu lebih pandai mengubati kita.


    Bnda2 macam nipun pentaksub pada ulamak mereka tak boleh fikir.Kita bukan ANTI ULAMAK..TIDAKK,Ulamak tu pewaris nabi. Percakapan dan. amalan mereka mesti selari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti wan rosli kata mana bukti??ini fitnah??umpamanya balak kelantan,hutanya dah gondol??mana bukti...

      Masaalahnya pentaksub2 pas,dia kurang memebaca dan mengauli masyarakat setempat,majmuk.Mereka hanya duduk dalam kelompok mereka.Dan mengangap PAS dah bawa islam,ada ticket ka syurga.Lahir sahaja kadunia,anak orng pas,berkawan dgn orang pas,saudara orang pas,jiran orang pas...Jadi islam pada mereka adalah pas.Baca ai-quran/hadith pun untuk pas..ulamak yg berada dalam paspun pewaris nabi.Ada yg kata bila hadi buat silap pun dapat pahala (ada keluar facebook dulu)..

      Sedangkan dalam al-quran dan hadith jelas,cara islam sebenarnya cara nabi s.a.w dan sahabat2 yg beriman..dan keluar berdakwah seluruh dunia. Tak kata satu kelompok manusia bernama pas..TIADA.sELAGI ORANG2 ISLAM IKUT CARA NABI S.A.W/SAHABAT selagi itu kita tak tersesat.

      Padam
    2. Kelompak 350k? Kelompak 250k?

      Atau kelompak 8k? Kelompak 15k?

      Dan kelompak yang paling besar dakwa Mat Sabu ialah 25k?

      Kelompak mana satu nih?

      PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS

      PAS membawa Islam dan Islam adalah rujukan PAS

      PAS adalah parti politik yang membawa Islam

      Islam adalah politik dan politik itu Islam

      Islam dan politik tidak akan terpisah selagi ada Islam

      Dalilnya, yang membawa politik ini ialah manusia bukan haiwan ataupun binatang dan manusia pula tidak boleh terpisah dengan Islam, melainkan mereka itu bukan Islam.

      Naiwaitu, pertuturan dan perbuatan semuanya disempadankan dengan Islam

      Sebab tu PAS bawa Islam, PAS bukan agama tapi PAS bawa agama sebagai rujukan untuk PAS berpolitik

      Kami amat faham akan kehidupan dan dakwah Rasulullah SAW, terimakasih kerana memberi pencerahan

      Padam
    3. Kelompak 350k? Kelompak 250k?

      Atau kelompak 8k? Kelompak 15k?

      Dan kelompak yang paling besar dakwa Mat Sabu ialah 25k?

      Kelompak mana satu nih?

      PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS

      PAS membawa Islam dan Islam adalah rujukan PAS

      PAS adalah parti politik yang membawa Islam

      Islam adalah politik dan politik itu Islam

      Islam dan politik tidak akan terpisah selagi ada Islam

      Dalilnya, yang membawa politik ini ialah manusia bukan haiwan ataupun binatang dan manusia pula tidak boleh terpisah dengan Islam, melainkan mereka itu bukan Islam.

      Naiwaitu, pertuturan dan perbuatan semuanya disempadankan dengan Islam

      Sebab tu PAS bawa Islam, PAS bukan agama tapi PAS bawa agama sebagai rujukan untuk PAS berpolitik

      Kami amat faham akan kehidupan dan dakwah Rasulullah SAW, terimakasih kerana memberi pencerahan

      Padam
  5. Mana mau lari wan, jawab le sikit, kata ada byk hujah bernas. BERNAS tu apa wan? BERAS NASIONAL ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Kalau korang berdua tak berani nak bagi nick names tak payahlah nak bodo2 ajak aku berhujah.. buang masa org je baca celoteh kau tu... dasar PAN pengecut..

      Padam
  6. ATGNA dulu dah cakap; agama tu bukan pas dan pas bukan agama. Tapi walaunta baghal akan tuduh sapa2 yg tak sokong dasar pas akan terkeluar dari islam.

    Wan rosli, kalau nak bukti kau google sendiri, jgn malas2 mcm kaldai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fitnah tak baik, ATGNA pun amat benci dengan fitnah

      Padam
    2. Kalau korang berdua taknberani nak bagi nick names tak payahlah nak bodo2 ajak aku berhujah.. buang masa org je baca celoteh kau tu... dasar PAN pengecut..

      Padam
  7. Klu ada anwar brahim dan mamak kerala dlm haprak...hancusss!!!
    Ditambah lagi dgn dapigs yg pijak kepala PANxxx dan pgayR...hehehe

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive