Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa ditawarkan wang sebanyak RM5 juta oleh seorang penasihat kanan kepimpinan negara untuk meninggalkan parti dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.
Beliau berkata, tawaran itu dibuat oleh ‘rangkaian sistematik dedak’ yang dirancang individu terbabit dan dikawal di pejabat di sebuah kementerian.
“Saya ditawarkan RM5 juta untuk tinggalkan Bersatu dan mengambil biasiswa ke Universiti Oxford.
“Saya tidak akan tinggalkan Bersatu (PPBM) dan akan terus di sini mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini,” katanya pada sidang media di ibu negara hari ini lapor MG.
Sebelum itu, sidang media beliau dihebahkan untuk diadakan bagi mengumumkan Syed Saddiq akan menyambung pelajaran dan menangguhkan kerjaya politiknya.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, cubaan untuk mengeluarkannya daripada PPBM itu telah bermula dan rangkaian tersebut adalah bagi memastikan bahawa pengasas dan pimpinan kanan PPBM meninggalkan parti supaya lebih senang untuk melabel perjuangan parti itu sebagai perjuangan peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya difahamkan bahawa banyak pimpinan tertinggi yang lain sudah pun ditawarkan umpan yang sama dan ada lagi yang masih sedang diumpan,” katanya.
Syed Saddiq memberitahu, bukan sahaja umpan RM5 juta malah beliau turut ditawarkan geran-geran yang berjumlah jutaan ringgit untuk membuka sekolah debat di seluruh negara.
mdl
Buat police report cepat.. kalau tidak aku panggil kau bro klepet..
BalasPadamReport polis..? Hahaha..nak provo la konon wahai babi umno
PadamProvo apanya? Dah memang sinonim UMNO dengan Haprak, UMNO sogok Haprak, Haprak pun sogok UMNO, dan Haprak ni pun sogok jugak sesama sendiri demi jawatan dan kuasa,
PadamSaggong Nyior.
Semua orang boleh dakwa ditawar dedak yang besar, Mat Sabun pun boleh dakwa perkara yang sama melainkan kalau disertakan dengan bukti, ikut cara berpolitik mahafiraun beginilah jadinya. Penipu.
BalasPadamEsok dia nak repot kpd polis dan sprm.. sambil serahkan bukti.. tahniah bro..
BalasPadamJangan jadi macam mat klepet, repot polis tak mahu; bukti ke laut..
Saman jer Husam kuasa 10.
PadamSyed Saddiq nampaknya gagal buat police dan sprm report semalam spt yg diwar2kan.. mungkin blog yg melaporkannya menipu kot.. aku masih ada sedikit keyakinan beliau akan buat jugak cuma dia tangguhkan sedikit waktu..
PadamAku cuma berharap agar dia tak akan jadi tukang klepet junior!
Padamrosmah barai
BalasPadam