AMANAH berperanan dalam Pakatan Harapan sebagai parti berpaksikan Islam yang amat diperlukan dalam masyarakat majmuk di negara ini, kata Pengarah Strateginya, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, AMANAH membawa pendekatan Islam yang inklusif bukannya eksklusif dalam usaha mengelak perbalahan agama.
“Orang selalu tanya apa peranan AMANAH dalam Pakatan Harapan? Hadir dan tampilnya Parti Amanah Negara (AMANAH) mengisi lompang dan kekosongan yang ditinggalkan oleh parti lama kami (Pas). Inilah peranan kami.
“Sebenarnya, ini adalah tuntutan pada perjuangan Islam itu sendiri. AMANAH tidak melabel atau menghukum orang dan sifatnya progresif maknanya sentiasa memperbaharui jihad, tajdid dan ijtihad,” ujarnya.
Katanya, model masyarakat majmuk dapat dilihat pada negara bernama Madinah Al Munawarrah (Bandar Bercahaya) dengan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
“Nabi Muhammad menangani masyarakat majmuk dan mengemudi Madinah itu dalam satu kontrak sosial yang pertama di dunia ini (melalui) Sahifah Madinah.
“23 daripada 47 fasal (Sahifah Madinan) bercakap tentang urusan berkaitan bukan Islam,” tambah bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi.
Sehubungan itu, pendekatan Islam yang diketengahkan AMANAH, jelasnya, penting bagi menangani unsur-unsur melampau yang membawa perpecahan agama.
“Tambah pula menjelang pilihan raya ini, saya perhati dan kita saksikan bagaimana isu perkauman dan pertentangan agama akan dijadikan modal untuk menang dan mengekalkan kuasa.
“Sebab itu AMANAH rasa bertanggungjawab meletakkan Islam sebagai rahmah, ehsan, belas, sejahtera untuk semua hinggakan penganut agama lain tidak takut dengan Islam. Mereka rasa selamat dengan Islam,” jelasnya.
Bercakap dalam forum disiarkan Oren TV baru-baru ini, Dr Dzulkefly bimbang dengan gejala pelampau atau fasis Islam yang mulai berputik dan perlu ditangani sebelum menjadi tidak terkawal.
mdl
Janganlah guna nama pas lagi kononnya utk digantikan oleh pan..
BalasPadamBilamasa pulak pas ada bantah pesta arak hanya DALAM HATI? Sejak bila pas redho dgn gelaran SYAITON kpd ulamak pendakwah islam oleh si kafir lahanat? Entah bila pulak pas mempertahankan hak pasangan gay yg dah "berkahwin" utk bekerja demi nafkah zahir bagi "pasangan hidupnya"? Bila pulak pas menyokong kata2 anak seorg pemimpin yg dipenjarakan agar org islam juga berhak memilih mana2 agama yg dia suka sebagaimana non-muslim? Tak ingat pulak aku bila masanya pas tergamak membiarkan ketua kafir harbi membelek2 fatwa utk org islam..
Ntahlaa..
“Islam adalah Islam. Islam diperakui sebagai agama persekutuan hendaklah ditafsir sebagai cara hidup lengkap dengan mengambil contoh kehidupan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya dalam semua aspek kehidupan. Bukannya Islam mengikut tafsiran DAP.
PadamDr Dzulkifli Ahmad terkenal dengan kaki kelentong dan penipu.
BalasPadamKalau PAN betul boleh isi kelompangan PAS kenapa himounan klepektokrasi tidak diisi dengan pengikut PAN?
Satu contoh menunjukkan PAN ni hanya tin kosong, tiada isi.
Betul sgt tu. Yg dtg ke Fastaqim dah confirm akan undi PAS. Yg tak dtg ke himpunan tolak kleptokrasi dah pasti takkan undi PH. Menang besar le PAS.
BalasPadamInshaa Allah mudah2an..
Padamkami sbg rkyat sama skli tdk meyakini pan dpt memainkn peranan Islam spt pas dalam negara ini. kebanyakan aktiviti pan hanya mmprtahankan dap semata2. byk isu yg kita tlh lihat pan menjadi benteng utama mmprtahankan dap.yg jelas skli apabila dap menolak ruu355 mk pan pun berlumba2 mmprtahankan dap dr kutukan masyarakt.
BalasPadamapabila dap mmpromosikn pesta beer yg brcanggah dgn islam secara trbuka pan pejamkn mata. inikah prjuangan islam yg diamalkn oleh pan. mana dia amar maaruf nahi mgkar. seluruh rkyat telah menyaksikan gelagat pan ini. masakan rkyat dapat menaruh keprcyaan pd pan untuk mmbela islam sudah psti rkyat tidak yakin kpd pan dan skli2 tdk akan mengundi pan dan ph pd pru14 akan datang
Setuju..
PadamSetuju jugak. Yg penting soru tak miss kan akak?
BalasPadamSoru apa tu yg boleh miss? Yg RM15K sebulan tu bukan Pas yg terima dari kerajaan penang pun..
Padam