Hasil dari kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh Umno dan BN di Perlis, mengakibatkan lebih 1000 ahli Umno di negeri itu meninggalkan part dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Sekaligus ini membuktikan Umno di Perlis semakin susut dan menurun keanggotaan mereka jika dibandingkan sebelum kewujudan Bersatu.
Menurut Pengerusi Bersatu Perlis, Ameir Hassan, sokongan yang melonjak naik diterima oleh Bersatu adalah kerana ramai ahli Umno telah sedar akan tipu daya pimpinan mereka.
“Gerak kerja yang dilaksanakan oleh Bersatu bersama-sama dengan komponen Pakatan Harapan (PH) di Perlis memperlihatkan perubahan yang berjayan diraih.
“Kekerapan turun padang dan mendekati masyarakat secara rutin yang dilaksanakan sejak awal lagi berjaya menjelaskan segala kebobrokkan pimpinan Umno dan BN.
“Akhirnya Bersatu Perlis telah berjaya menarik lebih ramai ahli Umno, ” jelas beliau lagi.
Malah katanya, setakat ini Bersatu Perlis mempunyai lebih 2000 ahli yang turut dianggotai oleh pengundi muda.
“Umno di Perlis seharusnya sedar dengan penyertaan begitu ramai bekas ahli Umno yang meninggalkan parti tersebut mereka semakin susut dan kurang.
“Daripada lebih 3000 ahli yang mereka ada sebelum ini boleh dikatakan separuh daripadanya telah pun menganggotai Bersatu dan komponen PH yang lain.
“Ini juga memperlihatkan betapa Umno Perlis sudah semakin tidak mendapat kepercayaan ahli mereka sendiri sehingga meninggalkan parti lama tersebut, ” tegasnya lagi.
Beliau yang turut merupakan Pengerusi PH Perlis juga berkata, kerajaan negeri Perlis kini semakin lemah dalam menyediakan pelbagai infrastruktur kepada rakyat.
“Isu kemiskinan yang melarat di negeri ini tidak diberi perhatian serius oleh mereka.
“Lebih parah masih ada yang hidup di Perlis tanpa bekalan air bersih dan terpaksa menggunakan sungai sepertimana yang ada di Kampung Wai, Kuala Perlis.
“Kita mempunyai banyak buktik dimana penduduk miskin masih lagi tidak mempunyai bekalan elektrik dan hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ” tambahnya.
Oleh kerana itu katanya, rakyat negeri Perlis harus segera bangkit dan membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang tanpa memberi sedikit pun mandat kepada Umno dan BN.
“Umno dan BN tidak harus diberi peluang sekali lagi di Perlis untuk memerintah negeri.
“Rakyat Perlis mesti berani untuk menolak Umno dan BN sekiranya mereka tidak lagi mahu berada ditakok lama.
“Tolak kerajaan negeri yang ada serta beri peluang untuk PH membuktikan kemampuan bagi menerajui kepimpinan sepertimana yang dibuktikan di Pulau Pinang dan juga Selangor, ” katanya ketika hadir bersama pimpinan PH menemui penduduk di Tebing Tinggi.
mdl
Petanda pru semakin hampir
BalasPadamKeluar dari mulut harimau masuk pulak mulut buaya, lari daripada perompak berbaik pulak dengan penyamun, sia-sia belaka tuh.
BalasPadamheheheheh....janganlah jealous,nasib baik 1000 tu tak masuk parti P.A.S.pARTI aJARAN sESAT...
PadamaLHAMDULILLAH...Syukur.
Aku kesiankan mereka bro, kau pun aku kesian juga
Padamkesian lagi,ko tak kesian diri ko!!Memang..Parti Ajaran Sesat...
PadamTu belum lg kisah 800 ahli pas masuk amanah di perlis..
BalasPadamTipulah 8 ribu, aku dengar lebih 80 ribu ahli PAS masuk PAN.....kehkehkeh
PadamJelous yerr,dulu tantawi cakap,setiap bulan 6ribu lebih pas dapat ahli baru!!!tul kee..atau ahli bawah umur budak tahfiz!!budak baru lahir ..heheheh..
PadamParti agama ,ramai yg jealous..datang rumah orang pasang bendera..heheheh..
Claimlah berapa ramai masuk PH pun, tapi bila buat himpunan tak cukup korum jugak..
PadamTengok bila PAS claim ribuan masuk PAS setiap bulan, ia amat selari dgn kehdiran 240K di terengganu.. kalau buat di padang timur, aku rasa mahu double.. syukur alhamdulillah..
Aku kesian kat Husang kuasa 10
PadamPH memang terkenal dengan autanya, dah terbukti hambar
Padam