Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad melahirkan rasa yang amat kecewa terhadap kandungan pembentangan Bajet 2018 yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Jumaat lalu.
“Saya amat kecewa dengan pembentangan bajet Kerajaan Persekutuan yang dibuat oleh Najib Razak,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam, mengulas bajet berkenaan.
Katanya, berbeza dengan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan, Najib tidak langsung berusaha untuk memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi.
“Pakatan Harapan akan memastikan pendidikan percuma dalam masa 10 tahun pentadbiran, sebaliknya Perdana Menteri hendak menghabiskan jutaan ringgit untuk mengejar ranking universiti tanpa menghiraukan isu-isu asas berkenaan kebebasan akademik dan akses pendidikan.
“Beliau juga langsung tidak berbuat apa-apa untuk menangani isu perumahan yang semakin tidak mampu dimiliki rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda. Saya tidak menjumpai penyelesaian kepada masalah ini dalam bajet tersebut, sedangkan anak muda terus bersusah payah berkerja dan hanya mampu menyewa rumah,” kata beliau.
Menurut Nik Nazmi, walaupun bantuan yang dihulurkan kepada perniagaan ‘startup’ adalah dialu-alukan, tapi ia mengaburi kegagalan kerajaan untuk menghasilkan pekerjaan dengan gaji yang sepadan untuk terus bertahan hidup dalam dunia globalisasi dan automasi pada hari ini.
“Saya menggesa setiap rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda, untuk membaca Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan, dan membuat penilaian sendiri yang manakah mempunyai wawasan yang lebih adil dan mampan demi kesejahteraan negara,” katanya.
mdl
Kedua-dua budget hanya untuk mengula-gulakan rakyat, tak dapat nak banding semuanya nampak sama, satu dari mulut buaya dan satu lagi dari mulut harimau.
BalasPadamOrang PAS ni,cakap tak pernah cermin diri sendiri.
PadamMana budget islam kamu.
Takkan nakmemerintah pakai tin milo?
Memerintah tak semestinya bergantung pada budget untuk mengulakan rakyat, budget yang berkat ialah budget yang mengikut syariat Islam
PadamItu namanya bajet 90juta okk
Padamtukar baru lah.. yg lama dah berulat, buang je dlm lonkang.
BalasPadamYang baharu pun dah berulat dikepala macamana?
PadamNak kata pembangkang pun tak,nak kata umno pun tak, selaunya orang yg duduk tengah2 ni dipanggil ape aiiik.
PadamBN dan PH sama je, kita tentang, kita Gagasan Sejahtera
PadamHahaha...kwn baik pelopor langkah kejang nak mengulas????hehehehe
BalasPadamMana pendidikan percuma korang???UNISEL tu milik negeri mana???Kenapa sampai skrg tak bagi free pengajian bagi graduan2 unisel???
Tak payah lah selagi ada lanun kerala ada dlm haprak.Melanun selama 22 tahun demi anak..waris..kroni dan proksi.Dia ingat rakyat lupa ker????
PTUUUIIIIH UTK HAPRAK!!!!
Bagilah menang PERSEKUTUAN bro!!
PadamTenguklahh ..Baru boleh buat judgement.
PH tak akan menang Putrajaya
PadamBetul tu. Baik kita pro kerajaan yg ada skrg. Sgt bersih.
BalasPadamSalah tu.. we better vote for GAGASAN SEJAHTERA..
PadamUndilah Gagasan Sejahtera untuk kesejahteraan didunia dan akhirat
PadamGS..konon..Tapi.
PadamP.I.G.S
pARTI TAADA BUDGET,Budget dia ayaq lioq..
nak sejahtera apa..hang nak belanja macam mana?
hang kata nak buat hudud,tapi hang tak bagi tahu belanja budget negara hudud macam mana.
Belanja sekular ada,belanja,tax toto/3d haram ka halal?.
interest yg dok bayaq kat ipic tu riba ka tak?
Buat lah budget hampa,nak tau macamana hampa nak atasi budget riba dan judi.
Ni tak dak...pakai ayaq lioq..islam apa kanama.
kekal kerajaan sekarang...MEAAMAAANG BERSIHHHHHHHHHH SAPU HABIS.
PadamHutang negara hampir satu trillion..7 keturunan kena bayar GST.
Budget PH tu hanya untuk mengula-gulakan rakyat je, berangan je la, kerajaan yang memerintah je yang perlu menyediakan budget untuk rakyat
PadamPembangkang hanya budget mat jenin
Sama je PH dengan kerajaan sekarang, entah-entah PH lagi teruk
PadamPilihlah pemimpin yang jujur dan amanah
Baru terjaga hak rakyat
Saman 90 juta apa cerita?
BalasPadamHusang kata akuan affin bank
Clare kata dari Ambiga
Ambiga nak tuduh siapa pulak????
Hancur PH