Sabtu, Mei 30, 2015

WALAUPUN DILABEL BERMACAM-MACAM..TAPI AJK PAS PUSAT INI TUNJUK AKHLAK TERPUJI..

 Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM - Rakan dalam PR digesa berhenti menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana keadaan itu hanya memburukkan lagi krisis yang sedang berlaku.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi hari ini semakin panas apabila krisis yang berlaku bukan sahaja melibatkan rakan dalam PR, tetapi juga barisan kepimpinan dalam Pas sendiri.

“Perselisihan pendapat dalam keluarga Pas menarik perhatian ramai pihak. Krisis seumpama ini pernah berlaku dalam sejarah jatuh bangun parti Islam.

“Situasi ini semakin panas apabila Pas berdepan muktamar yang menyaksikan pemilihan yang sengit. Pas mengiktiraf dan menyanjung keprihatinan semua pihak khasnya rakan PR, namun serang menyerang yang telah dibuat hanya akan melemahkan parti Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut bimbang apabila ramai pemimpin bercakap, kenyataan itu akan diputar belit pihak tertentu.

“Justeru, Pas memohon supaya semua pihak, khasnya rakan-rakan PR, supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan kritikan atau melafazkan serangan terhadap sesiapa pun di kalangan pimpinan kami, khususnya Presiden Pas, bagi membantu menjernihkan suasana
dalam parti sekaligus membendung keretakan dalam muafakat politik PR,” katanya.

Menurutnya, agenda untuk menyingkir mana-mana pihak atau golongan, seperti terpapar dalam media adalah bertujuan bagi merungkaikan kekuatan gandingan kepimpinan Ulama-Profesional-Aktivis, yang telah menjadi teras kekuatan parti Islam Pas sejak sekian lama

Tambah beliau, muktamar kali ini adalah medan terpenting dalam menentukan hala tuju serta memastikan Pas terus mantap dan diterima rakyat.

Selain itu, muktamar kali ini juga peluang untuk mempersiapkan diri bagi menumbangkan kepimpinan negara hari ini.

sh

Iklan : Duit percuma yang sangat banyak di http://www.toneexcel.biz/867366

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..terima kaseh kerana menunjukkan sifat sebegini pada kami yg tolol ini....bak kata UAA klu umno nakkan hudud pasaipa tak bentang sendiri kan lebih mudah jln nya..hakk!! terkedu otak aku...perghhh nasib baik ada si tolol...boleh la divert intention buat seketika...

    BalasPadam
  2. TGHH...
    tolong letak jawatan la
    mu dah tak layak lagi duduk di kerusi tu.
    hambo ahli pas dah toksei nak berpresiden kan mu..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng