Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mei 12, 2015

HOT!! : PENASIHAT DAP LKS BUAT HAL...WAJIB BACA..

Lim Kit Siang

KOTA BHARU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendirian penolakannya terhadap perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan) 2015 atau hudud bukan disebabkan anti Islam tetapi sebaliknya ia dilihat bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Perkara tersebut dijelaskan pemimpin veteran DAP itu di hadapan ribuan hadirin yang mengikuti Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana malam semalam.

Menurutnya, baru-baru ini beliau bersama empat pemimpin DAP lain mengadakan perjumpaan bersama pelajar di Timur Tengah yang mana mereka turut dipersoalkan tentang hubungan Pakatan Rakyat dan juga hukum hudud sama ada ia patut menjadi keutamaan atau sebaliknya.

“Saya baca bila saya ke Jordan. Saya baca adalah saujana-saujana dan ustaz dan ulama Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian  kecil daripada undang-undang syariah dan ia mempunyai syarat sebelum  ia dilaksanakan.

“Ketua Persatuan Ulama Islam Dunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan maknanya masa tidak sampai untuk melaksanakan, ataupun tidak ada keutamaan. Bukan saya kata, itu yang saya baca,” katanya dalam ceramah beliau.


Katanya, itu bukan kerana beliau anti Islam tetapi jika ia dilihat sebagai anti Islam dan pro Islam ia baginya perkara berkenaan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada masyarakat.

Kit Siang berkata, hudud bukanlah perkara pokok yang menimbulkan masalah tetapi sebaliknya mempersoalkan sama ada parti dalam pakatan jujur dan ikhlas dalam mengotakan janji apa yang dipersetujui setelah tertubuhnya Pakatan Rakyat.

“Bahawa kita mempersetujui mengenai dasar bersama, dasar bersama mengenai masa depan Malaysia. Kembalikan demokrasi, kembalikan keadilan dan supaya negara boleh menjadi negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalahnya.

“Kita tidak boleh pegang dengan apa yang kita janji bagaimana kita boleh mendapatkan harapan dan keyakinan daripada orang ramai,” katanya.

Beliau juga membayangkan dalam tempoh sebulan akan datang Pakatan Rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk melakukan perubahan yang besar.

Sehubungan itu beliau mengharapkan supaya peluang yang muncul selepas 58 tahun tersebut tidak disia-siakan begitu sahaja.

“Jika Pakatan Rakyat tidak dapat dikekalkan kita akan hilang peluang keemasan ini,” katanya.

sh

1 ulasan:

  1. nasihat ulama'..kalo dajal berbicara hendaklh baca 10 ayt awal dr surah kahfi/doa mohon perlindungn dr fitnah kubur,fitnah semasa hidup/sesudah mati serta mohon Allah lindungi fitnah dajjal termasuk sekor yg ats ni

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...