Senarai Blog...Geng

Rabu, Mei 13, 2015

HOT!!! : NAJIB DAPAT SOKONGAN..KAH KAH KAH KAH KAH..

 

Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan taklimat tertutup semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan padu Umno.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno mendakwa sebaliknya.

Bercakap dengan syarat tidak mahu nama disebut, mereka memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa pemimpin Majlis Tertinggi telah menyuarakan kebimbangan mengenai perkembangan semasa.

Ini berkaitan dengan masalah dalam 1MDB, pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji serta keputusan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh.

Malaysiakini melihat mesej teks yang diterima oleh pemimpin-pemimpin Umno bahagian dari mereka yang menganggotai majlis tertinggi.



Dalam satu mesej, seorang menteri Umno bimbang pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange dengan harga RM188.5 juta telah sampai ke telinga orang Melayu di kampung-kampung.

Asas sokongan utama Umno terdiri daripada orang Melayu di luar bandar.

Seorang lagi anggota Majlis Tertinggi berkata bahawa isu 1MDB telah 'menjadi toksik' dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

Dalam mesej teksnya, dia menyebut tentang perlunya menyelamatkan negara daripada penyangak yang mencuri wang rakyat.

Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan itu dibangkitkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi semalam.

Walaupun Najib mendakwa semuanya berjalan baik antara beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan namanya disebut, berkata keadaan di akar umbi mendedahkan sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa majlis tertinggi telah terlepas peluang untuk merakamkan kekecewaannya dengan Najib dan menuntut beliau meletakkan jawatan.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin bahagian berkata Najib telah memberitahu mesyuarat dengan pemimpin bahagian bahawa laporan awal audit terhadap 1MDB akan dikeluarkan bulan depan.

The Star melaporkan satu salinan laporan itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Najib menghubungi Ketua Audit Negara pagi semalam dan diberitahu bahawa laporan itu akan siap bulan depan," kata seorang ketua bahagian yang dipetik sebagai berkata.

Sambil menafikan bahawa pembelian tanah oleh Tabung Haji itu sebagai satu langkah penyelamatan, Najib telah memetik langkah menyelamatkan MAS semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sabtu lalu, Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Tabung Haji akan menjual semula tanah itu atas nasihat Najib.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...