Jumaat, Mei 15, 2015

HOT!! : APA DAH JADI DENGAN PARTI ISLAM PAS NI????

 
Sekumpulan pemimpin Pemuda PAS Perak menarik diri bertanding dalam pemilihan merebut kepimpinan dewan itu di peringkat negeri.

Calon ketua Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata beliau dan dua lagi pesaing jawatan itu menarik diri selepas kepimpinan negeri didakwa menunjukkan sikap memihak kepada menantu presiden PAS Akmal Kamarudin.

"Kami tidak mahu berlaku kekecohan dan kami lebih sayangkan parti," kata bendahari dan anggota biro politik PAS Perak itu.

Susulan penarikan diri mereka, Akmal secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Perak.

Fakhrulrazi mendakwa mempunyai bukti rakaman audio bagi menyokong dakwaan itu.

Dakwanya, sekurang-kurang 10 lagi calon jawatan lain, dirujuk G10, untuk pemilihan Pemuda negeri telah mengikut jejak langkah beliau.

Antara calon yang didakwa Fakhrulrazi menarik diri termasuk exco Pemuda PAS Salman Salleh, Ketua Pemuda PAS Sungai Siput Yusran Fahmi, bendahari Pemuda Perak Nazri Din dan Setiausaha PAS Pasir Salak Shamsul Alauddin.



Tunjukkan bukti, kata pesuruhjaya

Fakhrulrazi menafikan tindakan menarik diri itu disebabkan merajuk.

"Kita utamakan kepentingan parti sebagai satu penyelesaian untuk meredakan keadaan," katanya sambil berikrar akan memberi kerjasama kepada kepimpinan terbaru yang bakal dilantik.

Muktamar Pemuda PAS Perak akan bersidang pada 17 Mei ini di Markaz PAS Ayer Kuning, Taiping.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria (kiri) menafikan beliau berkempen dan memihak kepada Akmal.

"Saya tidak ada rancangan untuk campur tangan.

"Kalau ada bukti, tunjukkan di mana saya bercakap, di mana, apa konteksnya, kepada siapa dan dalam keadaan apa saya bercakap?

“Kalau nak tuduh, semua orang boleh tuduh," katanya.

mk

2 ulasan:

  1. Pertembungan ini adalah sejarah kepada PAS. TGHH sebagai presiden PAS akan dicabar Ust. Ahmad Awang.
    Kedua-dua tokoh ini adalah aktivis parti dari kelompok ulamak, yang berbeza adalah dari kelompok yang berbeza.
    TGHH calon Ulamak pro Ulamak.
    Ust. Ahmad Awang adalah calon ulamak pro profesional.
    Jika siapa yang menang, kelompok ulamak tetap menang. Jika TGHH menang kelompok ulamak menang dan kelompok profesional kalah. Namun jika UAA menang, kelompok ulamak menang dan kelompok profesional menang.
    Inilah yang mesti diberi perhatian oleh ahli PAS. Dimana PAS tidak boleh dipisahkan dari ulamak kerana mereka tonggak parti. Begitu juga PAS tidak boleh kehilangan profesional, kerana inilah kekuatan parti.
    Sementara Timbalan Presiden Parti Tuan Man adalah calon yang paling layak kepada ahli PAS. Kerana Tuam Man boleh mengabungkan kelompok ulamak dan profesional dalam PAS. Kedua-dua kelompok bersetuju jika Tuan Man menjadi presiden parti dan menggantikan TGHH dan UAA.
    Semua layak menjadi pimpinan PAS, kecuali Harun Din, Husam Musa, Nasarudin Tantawi, Nik Abdoh. Keempat-empat orang ini adalah kemucut kepada parti PAS.

    BalasPadam
  2. PAS dengan politik ala konservatif tidak relevan lagi pada zaman ini. Semoga PASma ditubuhkan sebagai parti and Muslim yg progresif menganggotai parti ini. PAS dengan corak yang ada sekarang akan tenggelam dalam PU14.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng