Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mei 26, 2015

HOT!! : AJK PAS SUNGAI PETANI KEMPEN UNTUK USTAZ AHMAD AWANG

Zaidi Ahmad

ALOR SETAR - Isu pemecatan keahlian tiga ikon Pas yang dibangkitkan kemungkinan dicetuskan oleh penyokong Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terlalu sayangkan beliau sehingga tidak dapat menerima sebarang kritikan dan teguran berhubung kepimpinan beliau.

Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Zaidi Ahmad berkata, kemungkinan pandangannya yang dikongsi melalui aplikasi WhatsApp sebelum ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak tertentu apabila beliau membangkitkan isu kepimpinan Abdul Hadi.

“Saya secara peribadi berpendapat Pas perlukan perubahan kepimpinan demi memastikan kecemerlangan yang dicapai oleh parti terutama pada era Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dikekalkan, malah dapat terus dipacu bagi memastikan Pas kekal bersama PR berdepan PRU14,” katanya.

Menurut Zaidi yang juga Pegawai Khas kepada calon Presiden Pas, Ahmad Awang, dia bersedia disiasat sekiranya ada mana-mana pihak tampil membuat aduan rasmi kepada Pas Pusat jika didapati melanggar disiplin parti ketika berkempen.


“Bagi saya ia bukan isu besar kerana saya yakin sepanjang berkempen, saya tidak pernah melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh parti, antaranya jangan melakukan fitnah dan jangan menyerang peribadi pihak ditandingi,” katanya.

Zaidi berkata, adat dalam pertandingan, setiap pihak akan mempromosikan kelebihan calon masing-masing dan pada masa sama membangkitkan kelemahan pesaing.

sh

klik sini :  http://www.toneexcel.biz/473481

Iklan : ANDA AKAN DAPAT DUIT YANG SANGAT BANYAK SETIAP BULAN TANPA HENTI HANYA DENGAN DUDUK DIRUMAH SAHAJA.
      

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...