Ahad, Mei 10, 2015

HOT!! : PR AKAN DEDAH LAGI BERKAITAN 1MDB..

 Azmin Ali

SERI KEMBANGAN – PR akan mendedahkan beberapa lagi nama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipercayai terlibat dalam usaha menyelamatkan 1MDB.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, beliau mendapat maklumat bukan TH sahaja tetapi ada syarikat GLC lain yang turut terlibat dengan jumlah wang besar untuk memulihkan 1MDB.

Beliau berkata, nama syarikat itu akan didedahkan selepas pihaknya mendapat maklumat terperinci mengenainya.

Katanya, pihaknya sudah beberapa kali dalam parlimen membangkitkan bahawa wang rakyat tidak boleh digunakan untuk memulihkan syarikat- syarikat yang dimiliki oleh kroni pemimpin.


“Tabung Haji perlu bertanggungjawab. Beri penjelasan kepada rakyat, sekiranya ada penyelewengan dalam hal ini, mereka yang terbabit mesti diheret ke mahkamah untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Mohamed Azmin ketika ditemui di Taman Equine, Seri Kembangan semalam, kesal kerana wang rakyat digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh orang tertentu kebelakangan ini.

sh

2 ulasan:

  1. MAJLIS RAJA RAJA PATUT CAMPURTANGAN DALAM KEMELUT TABUNG HAJI INI.RAJA KETUA AGAMA DI MALAYSIA.KESALAHAN PERBUATAN MELAMPAU TERUTAMA NYE GAJI CEO TABUNG HAJI INI TERMASUK ELAUN MENCECAH JUTAAN RINGGIT.TIDAK SEPATUTNYE BERLAKU PENCARUM DILUAR KAIS PAGI MAKAN PAGI SEBALIKNYE SIPENGKHIANAT MENIKMATI SIMPANAN DGN JUTAAN RINGGIT. BERLAKU.KEJADIAN SELEWANGAN DALAM HAL BAB JUAL BELI TANAH INI DGN SEWENANG NYA TELAH DIRANCANG.TERNYATA KEJADIAN SEUMPAMA INI SIPENJENAYAH MASIH BEBAS.RAKYAT AMAT KECEWA .PENGKHIANAT HARUS DIBERIKAN HUKUMAN.SEBAIKNYE REJAM SAMPAI MATI.

    BalasPadam
  2. (Daripada Dr.G)
    Tolonglah....jangan siarkan komen/iklan IBU PUSPITA dan AKI WOWO ni....memang sial!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng