Rabu, Mei 13, 2015

WOOW!! : BERITA PANAS!! DARI KUALA TERENGGANU

 

Bekas menteri besar Terengganu mendedahkan Terengganu Investment Authority (TIA) - perintis kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) - cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, sejak tahun 2008.

TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada 2009 selepas syarikat itu diambil alih oleh Putrajaya.

Bercakap dalam sidang DUN Terengganu semalam, Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata kerajaan negeri bagaimanapun, menarik diri daripada perjanjian ekoran beberapa masalah.

"Inilah satu sebab mengapa saya dimarah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) termasuk kes-kes lain, akhirnya kita menarik diri," kata Ahmad seperti dilapor Sinar Harian hari ini.




Dalam laporan itu juga, Ahmad selaku menteri besar ketika itu berkata kerajaan negeri tidak berdepan kerugian bahkan meminta balik wang berjumlah RM1juta sebagai modal berbayar ketika itu.

Ahmad berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Satiful Bahri Mamat (PAS-Paka) mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu ketika membahaskan titah Sultan di Wisma Darul Iman semalam.

Ahmad meninggalkan pejabatnya tahun lalu dan kemudian mengisytihar keluar Umno buat seketika mendakwa kerana beliau dipaksa melepaskan jawatan menteri besar sebelum perkahwinan anak perempuannya.

mk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng